24 September 2011

24 fakta yang perlu kita take note


assalamualaikum dan salam sejahtera.

ok. ini entri serius dan fakta-fakta belaka. tadi ada sorang member guwa tag note pasal ni. so, rasa terpanggil untuk guwa share dengan lu orang dekat belog ni. jom tengok apa yang serius sangat tu.



PETUA IMAM SYAFI'E

EMPAT PERKARA YANG MENGUATKAN BADAN
1. makan daging
2. memakai haruman
3. selalu mandi
4. berpakaian dari kapas

EMPAT PERKARA YANG MELEMAHKAN BADAN
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

EMPAT PERKARA YANG MENAJAMKAN MATA
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

EMPAT PERKARA YANG MEROSAKKAN MATA
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

EMPAT PERKARA YANG MENAJAMKAN FIKIRAN
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR
1. Tidur para Nabi ialah tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para Ulama dan Ahli Ibadah ialah tidur mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga  untuk solat malam.
3. Tidur para Raja yang tamak haloba ialah tidur mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan ialah menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Pesanan guwa, kalau ada kesudian tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara muslimin dan muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. 

Wallahualam

p/s: Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...