29 April 2012

skrip kehidupan yang sudah diatur




tak ramai para remaja hari ini yang lantang dalam bersuara, peka pada isu semasa. namun sangat ramai dalam masyarakat  hari yang sentiasa happy go lucky, tak gemar berpolitik, tak ambil tahu isu semasa. mereka fikirkan, hidup senang, itu sudah cukup. apa guna melibatkan diri dalam politik, ambil tahu perkembangan semasa negara? asal bahagia bersama rakan, ada awek boleh berpimpin tangan, ada motor boleh berlumba haram, itu dah cukup.

memang sangat ketara perbezaan antara remaja yang cakna dan tidak cakna. umpama langit dengan bumi, bagaikan minyak dengan air. secret recipe, time Square, justin bieber adalah lebih penting dari bahan bacaan berbentuk ideologi. langsung tidak ambil tahu tentang dunia semasa. ketika gereja dibom, mereka terlopong menyangka terjadi di afghanistan. ketika pejuang-pejuang berhimpun, mereka sangkakan itu berlaku di mesir. mereka terlopong sekali lagi. membuat analisa sendiri tanpa merujuk kepada banyak sumber. menjadi raja di mata dan bersultan di hati.

happy! happy! happy!  itu je yang mereka cari dari kehidupan ini. jangan jaga tepi kain orang, itu moto hidup. siapa cakap? jaga tepi kain orang boleh tapi jangan selak kain orang. bila time baca suratkabar, hanya kat ruangan hiburan. tapi kadang-kadang ada jugak bukak kat ruangan isu semasa, itupun jika ada menteri kahwin artis. itu saja yang mereka fikirkan. membakulsampahkan dunia isu semasa. pada mereka, jika bercakap soal politik atau pentadbiran negara, atau isu semasa, itu bagi mereka hanyalah sekumpulan manusia yang gila kuasa. mereka tak peduli. tak perlu ambil tahu.

hadir ke universiti seperti insan lain. bangga menggelar diri sebagai mahasiswa. mendabik dada akulah warga menara gading. tapi mahasiswa jenis apa? apa guna menggelar diri sebagai mahasiswa jika hanya hadir ke kelas pagi, petang, kemudian musim peperiksaan mengurung diri di kolej dan perpustakaan menghafal nota? nota pula hanya yang dibekalkan pensyarah. nak membaca lebih tidak mahu. tak masuk sukatan kata mereka. cukuplah sekadar untuk mencantikkan CGPA. mencari ilmu demi sekeping sijil. bukan untuk menguasai ilmu secukupnya. apa berbaloikah membayar beribu-ribu jika sekadar memperoleh sekeping sijil? apa aku peduli. kata mereka.

aku tak peduli. aku tak peduli. itu lah skrip kehidupan mereka. lahir ke dunia untuk berhibur. cari kerja. kahwin. dapat anak. mati. itu saja. skrip yang sudah mereka atur!

dimanakah kita? adakah kita tergolong dalam mereka yang mengambil tahu isu semasa ataupun hidup sekadar untuk berhibur?

anda yang tentukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...