Showing posts with label ZAMAN MUDA. Show all posts
Showing posts with label ZAMAN MUDA. Show all posts

01 September 2010

zaman kanak-kanak 1990an




Korang lahir tahun berapa? aku lahir akhir tahun 80an (1989). So, time kanak-kanak aku berada dalam tahun 1990an la. Masa aku berborak dengan rakan rakan, kita orang kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak tahun 90an. Rupa rupanya kawan-kawan aku buat benda yang sama dengan aku zaman itu. Zaman 90an banyak kenangan buat aku, bermula dari sekolah sampailah ke rumah.

kat skola ade salesman jual buku cerita.ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.


kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar nya untuk padam.cehhh

pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. ye tak?

cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. main digimon n cyber pet

jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.haha.mana la jam aku tu dulu eh?? ilang tah ke mana

takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...ni no komen.haha.paham-paham la

Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

Habis saja sekolah, kene pulak pergi mengaji. ades…tapi selalu ponteng gara-gara nak tengok Suria Perkasa hitam, pastu Gaban. tapi heaven untuk aku time tu hari sabtu, coz memang banyak kartun-kartun best. Di antara kartun-kartun yang famous time ini adalah power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, dan macam-macam lagi la tapi Dragon Ball la paling best sampai aku terlupa nak basuh kasut skolah.cinabeng!


Perghh banyak lagi la time ini, kartun yang best best… Bila petang je masa untuk main pula, selalunya main rounder atau bola chop, paling tradisional skit main Konda Konde, Main masak-masak(selalu aku kene jadi anak.cilake! kene paksa main kalo tak, kakak-kakak sedara aku ni xnak belikan aku coklat) , main kahwin-kahwin, main skipping (pakai getah), main polis entry, dan main pukul berapa datok harimau. Hmm..tapi aku ingat aku ada roller blade. Ini semua gara gara minat tengok The Mighty Duck dengan Airborne
Bila penat main, singgah pulak pergi kedai runcit, Mamee benda wajib untuk makan. pastu gara-gara tertipu dengan iklan kat T.V beli TORA,DING DANG…tak makan pun coklat dalam tu. nak mainan dia je. tapi agak hampa. mainan dia tak sehebat dalam iklan yang aku tengok. Bila nak maghrib, adik panggil suruh balik “abg mar..mak suruh balik” ades..jeritan adik aku yang selalu potong stim bila aku tengah syok nak main. Time ini kecoh la kalau tak balik maghrib nanti ada “hantu kopek” datang culik…
Time malam, apa lagi kene study la. tapi belajar depan tv, sambil curi curi tengok cerita Macgyver, Mr T, Beverly Hills 90210 etc. Masa ini ada 3 channel je..RTM 1 RTM 2 dan TV3, tapi boleh je layan. Habis study kene tido, sebelum tidur kene dengar lagu dulu. zaman ini still pakai tape. mana mampu nak beli cd. Dulu tak pernah kenal erti tension untuk men rewind dan men forward lagu, janji dapat dengar lagu faveret. kalau tak mampu beli tape, selalunya aku record dari radio. save sikit budget, dulu layan lagu 4U2C, Nico, Kru dan Backstreet Boys. dulu-dulu boyband agak famous kot.hehe
Begitulah serba sedikit zaman kanak-kanak aku, semua ini memang aku ingat sampai bila-bila..Kalau dulu orang tua kita duk asyik cerita zaman dia. Dah ada anak nanti, aku pulak boleh cerita zaman aku..Mana taknya…zaman sekarang memang totally change. Sekarang zaman IT, handphone, i Pod, PS3 dan macam2 lagi…Dulu lain sekarang lain…buat kata Mak Bedah “Zaman dah berubah”
Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yang sama.


ni la baru zaman kita kawan2

mesti kite tersengeh2 bile bace mende nih...hehehee...


note::pemikiran melayu kita berubah tak??

kuiz oh kuiz

ok..dont think to much..dont study hard cam nk amek paper Mathematic ataupun Calculus..just chill n think less much...



soalan 1 : pkul berapakah air pasang pagi akan surut?


soalan 2 : siapakah yang baik hati?

soalan 3 : apakah nama anak mak minah?

soalan 4 : kalau sakit, apa yg perlu dilakukan?

okehs...fikir btol2 sebelum menjawab.... skroll bwh untuk melihat jwapan



































JAWAPAN:

ala, mesti korang penah dengar lagu-lagu time korang budak hingusan dulu...lagu budak-budak old skul menyanyi untuk particular game....suma jawapannya ada di dalam lagu tersebut...klu tak caya..sila baca dengan teliti lirik lagu ini, dan nyanyi ikot intonasi yang bersesuaian. (suara x sedap pun xpa...paul moss x kutuk la sbb dia x pnh dgr lagu-lagu neh masa dia kecik dulu)


soalan 1 : air surut pukul 5 la...x caya ke? sila rujuk lagu neh

"AIR PASANG PAGI SURUT PUKUL LIMA, nyonya bangun pagi siram pokok bunga, pokok bunga melur tanam tepi batas, itik bertelur ayam menetas...bla bla bla...sila sambung sendiri"




soalan 2 : ala..kacang je neh...jawapannya,Cinderella..sebab....

"ola oli ku beri nama, saudara saudari, cikebum cikebum, malam malam minggu, siang siang hari, disco-disco, putih-putih melati, ali baba, merah merah delima, miaow miaow, SIAPA YANG BAIK HATI?,CINDERELLA...lama lama menjadi batu..."




soalan 3 : nama anak mak minah is SOTONG..ahahaha..sebab..

"Mak minah balik kampung, beranak dalam tong, keluar anak patung, NAMANYA SOTONG"




soalan 4 : straight to da song la

"injit-injit semut, SAPA SAKIT NAIK ATAS"




aku x tipu kan??

suma jawapan ada dlm lagu yang anda nyanyikan sebentar td. kepada sesiapa yang x penah dengar hatta x penah lgsung menyanyikan lagu-lagu rakyat(budak-budak to b precised) sebegini.... SIANNYA KORANG!! dh hilang satu ilmu yang x dpt di ajar di sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan apatah lagi international school yang mungkin hanya mengajar murid-muridnya menyanyikan lagu alicia keys sebab kononnya yang international ataopun lagu Mawi sebab dia WORLD.

x sangka eh semenjak kecil lagi kita dah di ajar tentang geografi iaitu pasang-surutnya air, rutin harian yg patut dibuat setiap hari bangun waktu pagi,cara untuk menamakan anak anda dan juga hari minggu kena wat apa (pegi disco tp bukan di siang hari kot...ahaha)...ish2 advanced rupanya lagu rakyat neh~



sapa nk dengar cmna lagu-lagu di atas dinyanyikan oleh aku, sila masuk ke web www.lagurakyatmalaysia.com





sumpah...tak dak...ahaha



note::rindu zaman budak-budak dulu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...