Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

11 January 2011

budak sekolah

Budak Sekolah Dahulu vs Budak Sekolah Sekarang


Ok, ini dari kacamata aku je. Straight to the point je la. Aku ade banyak mende nak buat pasni.


BUDAK SKOLA DULU-DULU
gambar hiasan semata-mata
Pelajar Lelaki
1.Berpakaian kemas, rambut tersisir rapi


2.Hormat dan takutkan cikgu terutama cikgu disiplin dan cikgu BI


3.Baju masuk dalam even lepas sekolah


4.Kesalahan paling berat pada masa itu hanya tak buat kerja sekolah je. Lain takde


Pelajar Perempuan
1.Hari pertama tu, baju sekolah bersih dan baju yg tu la akan digunakan untuk 4 ari persekolahan seterusnya. Hari ke 5 baju sudah kuning2 dan busuk. Ye tak? Jangan nak nipu la.

2.Pakai tudung. Pastu malu dengan pelajar lelaki kalau nk bersembang.

3.Malu kalau kena denda dengan cikgu, mudah menangis kalau kena kacau sikit.

4.Lebih rajin dari pelajar lelaki tapi ada gak yang bodoh-bodoh pandai..


BUDAK SKOLAH SEKARANG NI
gambar hiasan semata-mata
Pelajar Laki-Laki
1.Cikgu disiplin takut nak denda atau bagi hukuman kat diorang.

2.Rambut berfesyen-fesyen. Sampaikan fesyen rambut cendawan Dr. Rozmey pon ade. Cikgu hanya mampu tgk tak berani tegur.

3.Kesalahan paling ringan menumbuk cikgu. Kalau paling berat menjadi bapa pada usia muda. Apa maksudnya? Korang pon dah besar kan. Dah pandai piqhiak.

4.Kapel benda wajib bg mereka walaupun masih mentah. Rokok itu sumber protien harian diorang. Ye tak?

5.Di gilai oleh pelajar perempuan yang lawa-lawa even bodoh pun. Ni yang aku jeles. Aku yang macam aaron ajis pon single lagi. keh keh


Pelajar Pompuan
1.Free hair merupakan amalan bagi gadis-gadis yang hot-hot la konon. Yg loser-loser pun ada yg free hair gak.

2.Mengorat cikgu untuk dapat markah lebih dlm exam. Kalau kena pukul bleh buat kes kena cabul ke apa ke.

3.Memakai baju seketat dan sesexy mungkin bila keluar g pasar mlm atau supermarket even market ikan pun.

4. Digilai lelaki-lelaki yang ketandusan cinta dan pelajar nerd tapi mereka hanya melayan yg pelajar lelaki yg berduit dan mampu penuhi tuntutan harta dunia sahaja. Ini fakta belaka


Walaubagaimanapun ini hanyalah untuk sesetengah sahaja pelajar sekolah je. Bukan semua pon. Dan aku tak tuju kat sesape pon. Sapa yang makan cili die yang terasa pedas. Ye tak? 



note::mungkin betul mungkin tidak. ni hanyalah separa auta sahaja..


25 September 2010

menjengah ke 1 HIJAU





Memori semasa zaman kita kanak-kanak memang menarik. Ceh yang aku nak buat intro alim ni kejadahnya??

Kowang orang ada tak melalui satu fasa semasa kanak-kanak, di mana semua hak harta benda korang seperti pensel, bekas pensel (dulu dikenali sebagai 'kotak box'), pemadam, pembaris ditulis nama penuh korang, pastu siap ada pesanan lagi untuk mengelakkan kecurian? Ada tak? Biasanya masa sekolah rendah la, darjah satu macam tu. Kalau takde, mungkin masa darjah satu dulu  korang masuk International School kot.

Antara contoh-contoh pesanan yang ditulis pada alat tulis ialah:

"Jangan curi! Berdosa masuk neraka"

dan juga

"Alif Lam Lam Ha, siapa curi Tuhan marah"

Aku masa nak masuk darjah satu dulu, memang excited gila. Segala preparation disediakan oleh mak aku dengan sempurna. Dapat beg baru, baju baru, kotak box baru, buku baru. Masa tu pakai seluar pendek pergi sekolah tidak dianggap jahil agama. Darjah satu doh.

Yang buat aku teruja ialah, dalam kotak box gua tu memang complete. Pensel, pemadam, pembaris semua baru-baru. Macam set lunchbox dalam cerita Jepun. Aku rasa mesti budak-budak lain jeles. Dahlah beg gambar Mighty Morphin Power Rangers, kotak box gambar kartun ape ntah aku tak ingat, pastu complete lak stationaries dalam tu.

Pemadam aku ialah pemadam petak, ada gambar Billy Power Rangers merah. Aku dulu memang tak nak kalah. Ape-ape sume mesti nak power ranger merah tu. Jadi untuk mengelakkan kecurian, aku pun ikut macam budak-budak lain tulis amaran yang agak keras kat pemadam aku. Aku tulis macam ni :


JANGA CURI


Ada kesilapan tatabahasa di situ, aku tau. Maklumlah, aku ni time tu lepasan tadika je. Tu pun kat tadika aku hanya fokus waktu rehat, di mana kami bebudak tadika akan diberi makan dan longgokan mainan.

Tiba-tiba, masa aku sedang bermain kejar-kejar dengan member nakal aku (aref bahrin) di luar kelas, aku rasa macam ada kelibat yang sedang lepak kat tempat duduk aku. Aku dah mengesyaki sesuatu yang buruk akan menimpa peralatan menulis aku, terutama sekali pemadam Power Rangers aku.

Bila aku sampai kat tempat duduk, aku tengok Meon (bukan nama sebenar) sedang check it out aku punya kotak box. Aku panas la camni. Bukak kotak box aku tanpa kebenaran. Meon sedang sibuk membelek-belek pemadam Power Rangers aku. Dia pandang aku sambil tersenyum jahat. Nampak sgt kepala ade setan.


"Kenapa kau ni bodoh sangat, Amar? Nak eja 'jangan' pun tak tau ke?




Aku bertambah panas. Ko dah ceroboh property aku, pastu lu nak kompelin pulak. Belum sempat aku ambil balik pemadam tu, tiba-tiba Meon bangun dan dia pergi pulak ke tempat Baizura Kahar (nama sebenar dah lupa) untuk menghebahkan 'kebodohan tak tadika' aku tu. Ini adalah ayat Meon yang aku ingat :


"Baizura, cuba tengok ni, Amar nak tulis 'jangan' pun tak tau. Tengoklah, dia tulis 'MANJA CURI' kat pemadam dia ni.."


Okey sekarang  korang sebagai hakim, aku nak tanya pendapat korang la. Antara aku dengan Meon, siapa lagi bangang?

Situasi macam ni mengingatkan aku betapa rindunya pada korang semua.haihhhh. memori pulak pagi-pagi ni





note::sekolah kebangsaan kerubong, saya aku rindukan zaman darjah 1 sampai 6 di sana!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...