Showing posts with label MANUSIA. Show all posts
Showing posts with label MANUSIA. Show all posts

15 September 2012

antara beruk dan manusia



pada suatu hari ada seekor cucu beruk yang masih kecil bermain kat tepi sungai. bila penat bermain, ia duduk kat atas sebatang pokok ditepi sungai tu.

tak berapa lama, tiba tiba sang beruk melihat seorang lelaki berjalan menuju sungai membawa timba dan kain basahan. si beruk terus diam memerhatikan lelaki itu mandi di sungai, menggosok gigi, bersabun dan bersyampoo.


bila selesai mandi, lelaki itu pun memakai pakaian yang cantik dan rapi. kemudian ia pulang.


datang pulak beberapa orang perempuan untuk mandi dan membasuh pakaian. mereka mandi dan membersihkan diri lalu pulang ke rumah.

cucu beruk ini tak habis fikir, lalu ia pun pergi mencari neneknya untuk memberitahu apa yang baru dilihatnya.

“neeek!!!” jerit sang cucu.


“ada apa, cu?” jawab sang nenek terkejut.


“alangkah seronoknya jika kita jadi manusia, ya nek!” kata sang cucu.


“seronok? apsal cucu cakap macam tu?” tanya si nenek kehairanan.


“aku baru mengintai manusia yang sedang mandi di sungai. seronok sangat nampaknya, nek. dia gosok gigi, bersabun dan bersyampoo. sesudah mandi dia lap tubuhnya, lalu memakai pakaian yang cantik. kalaulah kita jadi manusia, ya nek!!!” kata sang cucu.


“alaa... cucuku, sebenarnya tidak seronok jadi manusia!” kata sang nenek tegas dan meyakinkan.


“kenapa, nek?” sang cucu ingin tahu.


“manusia mempunyai banyak kewajipan dan larangan, cu. pada bulan Ramadan diwajibkan puasa ke atas mereka. mereka diwajibkan untuk sembahyang lima kali sehari, kena tutup aurat.. jika mereka tidak akur, mereka berdosa dan mendapat seksa di akhirat. mereka juga dilarang mencuri, main nombor ekor, bersifat angkuh, memutuskan silaturahim dan banyak lagi”, sang nenek menjelaskan.


“yakah, nek? cucu baru tahu nie,” sampuk sang cucu kehairanan.


sang nenek melanjutkan: “sebenarnya, cu, lebih seronok jadi beruk macam kita ini berbanding jadi manusia. kita beruk tak ada kewajipan puasa, kita bebas makan bila-bila masa kita suka. kita juga tidak dilarang mencuri, pisang orang pisang kita, rambutan orang rambutan kita, jering orang jering kita, durian orang durian kita juga. kita tak payah nak tutup aurat, bulu-bulu kita ni ada.. pendek kata, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita suka bila-bila masa.”


“jadi, jika ada di antara manusia keberatan sembahyang, keberatan berpuasa, taknak tutup aurat silakan sahaja jadi beruk, ya nek?” kata sang cucu yang semakin bijak.

“tepat sekali cu,” balas si nenek.  

 

10 July 2012

asal usul kejadian manusia




betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… 

pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, tetapi bila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. 

lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. 

lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. kata Allah: "hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu". apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia". maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. 

lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

**************************************************************


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 
  1. tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 
  2. tanah Bukit Tursina 
  3. tanah Iraq 
  4. tanah Aden 
  5. tanah Al-Kautsar 
  6. tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. tanah Paris 
  8. tanah Khurasan 
  9. tanah Babylon 
  10. tanah India 
  11. tanah syurga 
  12. tanah Tha’if 


Kata Ibnu Abbas : 

  • kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 
  • telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  • dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 
  • mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 
  • matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
  • giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
  • tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 
  • tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak. 
  • perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 
  • tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
  • dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
  • hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya. 
  • lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 


**************************************************************



PROSES MENJADIKAN MANUSIA? 

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 

3. sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan disirami dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 

4. kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 

5. demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. 

menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. 

hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang dibawah badan letaknya. tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

dijadikan pula lima buah pancaindera : 

1. mata alat penglihatan 
2. hidung alat penciuman 
3. telinga alat pendengaran 
4. mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya. 
5. anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 


**************************************************************



setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam: lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. 

setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. 

ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah”. oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. 

kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :

Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa.(Al-Israk:II

maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. maka seketika itu terasalah lapar. kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. 

setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.


26 October 2011

"aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "


"Aku hitam, ada ke nanti orang yang nak kat aku? "

kenapa perlu tengok ciri-ciri ekstrinsik (luaran) dulu.

sememangnya sifat semulajadi manusia melihat kecantikan luaran apabila menilai sesuatu secara kasar. sebagai seorang lelaki, sememangnya kita suka melihat perempuan yang putih kerana mind-set ni macam dah di ajar dari kecil. bila putih = cantik. 

sama la macam handphone, semestinya kita berkenan dengan design yang lawa, slim, color hitam berkilat, skrin terang dan lain lain. tetapi apa yang sebenarnya mempengaruhi kita untuk buat keputusan membeli handphone tu ialah feature yang ada pada handphone tersebut. buat apa rupa jer lawa tapi memori kecik, slow, menu tak user friendly, volume tak kuat dan macam macam lagi la.

guwa highlight kan suka melihat perempuan cantik kerana suka tak bermakna jatuh hati atau cinta. memang sifat lelaki yang suka 'flirt' atau dalam bahasa pasarnya 'meng-usha'. nak usha kena la yang cun-cun, kalau usha yang kurang sikit memang kena ejek dengan member la. itu guwa tahu, lu orang pon tahu. sape cakap tak tau, guwa tepuk dahi dia guna pembaris besi.


tapi bila masuk bab cinta atau soal memilih calon isteri, aspek lain turut diambil kira. baik dari segi pergaulan, percakapan, body-language, mental dan emosi, semua tu dipakejkan menjadi seorang wanita yang sempurna pada pandangannya. rupa jer putih, lawa tapi cakap kasar, takde siapa nak.


ada seorang perempuan kat tempat guwa belajar dulu. guwa taknak mention la kat mana. dia ni comel, kecik molek, senyum manis, rambut lurus, popular. ramai lelaki suka dia, tapi malangnya tak ada yang cinta, selang 4 bulan, dia konpem akan ditinggalkan. kemudian dapat pakwe baru, pun kena tinggal jugak. semua lelaki yang pernah couple dengan dia memang dah ada awek lain. dia hanya jadi barang melepaskan nafsu. kesian, cantik. dapat layanan lelaki tapi tak dapat merasa cinta sebenar, tak dihargai.


dunia hari ini terang terang memberitahu perempuan yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkulit gelap ni tak akan 'diusha' oleh kaum lelaki adalah dunia yang tidak adil. secara tidak langsung  rasa wujud diskriminasi terhadap golongan perempuan berwajah gelap ni. jadi tekanan wujud apabila mereka tau yang mereka tak diusha oleh kaum lelaki. relax, tenang, tak diusha tak bermakna tak akan dicintai seumur hidup.


serius, guwa pernah jatuh hati dengan perempuan yang berkulit hitam manis. cair dengan perwatakan yang dicerminkan, cakap lemah lembut, senyum manis, friendly. tahu tahu je sekarang ni dia dah bertunang. dah nak kawin dah pon. siapa cakap orang berkulit gelap susah nak dapat pasangan hidup ha?


tanamkan rasa suka dan syukur terhadap diri kita walaupun kita sehitam mana pon. kalau kita sendiri tak suka dengan rupa kita, macamana orang lain nak suka dengan kita? 



p/s: guwa tulis entri ini sebab guwa sendiri pon berkulit gelap. dan guwa takde masalah sebab Allah mencipta sesuatu pasti punya 'ibrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...