Showing posts with label DUNIA. Show all posts
Showing posts with label DUNIA. Show all posts

27 October 2011

dunia ini bukan kecil, tapi ia tak besar

suatu hari,


boss berkata kepada secretary : kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

secretary menelefon suaminya : untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti.

suami menelefon buah hatinya : isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama.

buah hati menelefon murid tuisyennya : saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen.

murid tuisyen tersebut menelefon atuknya : atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. mari kita habiskan masa bersama

atuk (boss) menelefon secretary : minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. batalkan outstation tuh.

secretary menelefon suaminya : minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu.

suami menelefon buah hatinya : kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

buah hati menelefon murid tuisyennya : minggu ni kelas tuisyen macam biase.

murid tuisyen menelefon atuknya : atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. sori, saya tak boleh temankan atuk.

atuk menelefon secretary : jangan risau, minggu ni kita outstation. jadi uruskan semuanya..

seterusnya, lu orang sambung la sendiri.


pening tak nak baca ? kah kah kah





ikan di laut, asam di darat,
dalam periuk, ketemu jua.

dialog di atas sebenarnya adalah selingan sahaja. mesej yang ingin disampaikan adalah semua kat dunia ni berkaitrapat. dunia ni bukanlah kecil cuma ia tak besar. pi mai pi mai tang tu jugak. 


kerana itu asam yang berlainan bangsa dengan ikan kembung akhirnya bertemu di dalam ‘bahtera’ kuali sedangkan ikan kembung tidak pernah pun tahu akan kewujudan asam di darat, tetapi mereka disatukan.



p/s: dunia ini bukanlah kecil, tapi ia tak besar.

13 September 2011

cara nak safe topup rm10 sampai seumo idup

mesti lu orang tertanya-tanya kan?

ok jom guwa kongsi dengan lu orang. sebab guwa berpegang pada prinsip sharing is caring. caranya, lu orang mesti topup waktu pertengahan ujung bulan antara 25hb keatas dan dalam pukul 3am keatas. sebab? sebabnya dalam tempoh ni, sistem akan diselenggara, so ada loopholes. try and error
  1. Beli topup RM 10... gesek dan ready.
  2. Lu orang type < ** REC 10 > , pastu send to 09901
  3. Tunggu reply, kat skrin akan kuar satu serial number 6 digit. Lu orang jangan lupa salin nombor tu.
  4. Pastu lu orang type < ** REC 10> <123456> masukkan 6 digit tadi, send ke 09902
  5. Pastu derang akan reply "insert your topup number", so lu orang type 14 digit topup number yg lu orang beli contohnya,
  6. <01234567891023> send to 09903
  7. Tunggu la mesej pengesahan dari derang.
  8. Tak lama pastu derang akan reply;







"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

Kan? Tu ah, guwa pun tak sangka derang akan reply mcm tu. Kecik hati guwa bhai.



p/s:kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...