Showing posts with label BOLA. Show all posts
Showing posts with label BOLA. Show all posts

24 November 2011

HARIMAU MUDA = superhuman

picture credit : bolasepak malaysia

empat game dalam seminggu dengan dua game sengit, 
tiga game main waktu panas, 
final game sengit bawa ke extra time, 
terus balik mesia, 
tido tak cukup, 
masa rehat yang singkat,
tiga injured, 
tiga tak layak main. 
terima kekalahan ini. 
jangan ikut resmi lalang. tau nak kutuk bilamana kalah dan puji melambung bilamana menang. jadi penyokong yang setia.

harimau muda = robot.  atau superhuman. kalau manusia lain, dah mati tergolek dah. berbanggalah dengan semangat juang mereka.

tahniah harimau muda. 

cuba lagi ahad ini bertemu bahrain.

picture credit : bolasepak malaysia


 p/s: jangan jadi mereka yang cukup kuat komplen.

22 November 2011

harimau muda: standing in the eyes of the world!


1 - 1
penalti 3 - 4




tahniah wira - wira negara!


akhirnya lagu NEGARAKU telah menggegarkan Stadium Bung Karno, tempat di mana lagu kebangsaan kita di persendakan oleh penyokong-penyokong Sang Garuda.

syukur juga kehadrat Ilahi kerana takdir dan nasib menyebelahi pasukan kita yang mana bermati-matian mengheret pemain Indonesia ke perlawanan sepakan penalti. dengan kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat menutup mulut-mulut mereka yang telah berperangsaka buruk pada team Malaysia.


hitam kuning! hitam kuning! hitam kuning!



tahniah buat pasukan Bola Harimau Muda Malaysia! korang memang terbaiklah! semangat korang memang power!

nak tengok mende yang paling menggelikan hati guwa tak? ok, scroll bawah pelan-pelan.












































eh ni apsal nangis ni? la toksah nanges2 la.
garuda ang dah mampus dah pun



p/s: gengam amanat wira juga panji malaysia. tahniah!

17 November 2011

harimau malaya boleh!






malam ni, ada dua kemungkinan je




yang ini




atau yang ini




ah. mana mungkin kedua-dua kemungkinan sama? sebab guwa yakin harimau malaya mampu untuk membaham skuad garuda malam ni.


perlawanan ini yang akan menentukan siapakah yang akan menjuarai bagi kumpulan A  dan seterusnya yang layak melangkah ke separuh akhir nanti. perlawanan yang akan diadakan di stadium Bung Karno ini nanti semestinya ramai penyokong Indonesia. diharap pasukan harimau muda ini optimis dan fokus dengan perlawanan yang penting ini dalam menundukkan ego kumpulan indonesia ini nanti.


dan sebagai tanda penghargaan bilamana skuad harimau malaya kita ini menang, guwa akan guna gambar ong kim swee dekat profil pesbuk guwa selama dua hari.




p/s: malaysia boleh!

29 October 2011

Negori Sembilan - Tranung

post ringkas


malam ni ada dua kemungkinan je. samaada ini, 




ataupun ini






ataupun ini






guwa harap kemungkinan ketiga tu tak menjadi realiti la. kang terbakar stadium, TV3 nak buat konsert jomheboh kat mana pulak?


p/s: hoben jang hoben

06 January 2011

tak perlu tukar nama HARIMAU MALAYA

Sebelum ini aku ada terdengar yang ada orang  ni tersinggung dengan perkataan Harimau Malaya. Pelik tak? Kesian Harimau Malaya yang kian pupus. Tengok sini kalau nak tau.

Jadi, jom sama-sama kita pergi ke kandang Harimau Malaya. Bawa surat beranak Harimau Malaya dan suruh Harimau Malaya tukar nama dia jadi Harimau Malaysia. Ye tak?

Mari kita tanya Harimau Malaya.

Aku: Pak rimau! Pak rimau kena tukar nama jadi Harimau Malaysia la lepas ni nampaknya.

Pak rimau: Aik? Kenapa pulak? Tak sedap ke nama aku sekarang ni?

Aku: Macam ni, sebenarnya ada yang tersinggung la dengan nama Harimau Malaya. Diorang cakap, tak menggambarkan 1Malaysia la. Perkauman la. Melukakan hati orang la.

Pak rimau: LOL? Ye tak? Kau ingat aku sesuka hati ke pakai nama Harimau Malaya ni? Dah aku lahir kat Malaya. Mesti ar pakai nama tumpah darahku. Kalau aku lahir kat Amerika ke, aku pakai la nama Harimau Amerika. Ngekngok betul lah! Ko pi marah nenek moyang aku la!

Aku: Rileks pak rimau. Jangan telan saya dulu. Saya tahu pak rimau tersinggung. Tapi nak buat macam mana, redha je la. Kita ni hidup berbilang kaum. Jadi sebagai bangsa yang memang baik hati. Sekarang kerajaan mempertimbangkan nama Harimau Malaysia ini. 

Itulah perbualan yang aku reka sendiri sebab aku tak puas hati. Kenapa nama Harimau Malaya ini dipolitikkan???

Aku takut suatu hari nanti anak cucu aku tanya. 

"Tok Amar, kenapa nama pasukan bola sepak kita nama Harimau Malaysia yang tak ada sejarahnya?"

"Sebabnye, ada orang tersinggung dulu. Jadi, kena tukar lah sebab 1Malaysia kan"

Tak ke nampak janggal tu.

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya ni selain dari gelaran kepada skuad kebangsaan, ia juga merupakan nama spesis harimau yang sememangnya wujud. Entah apa nama saintifik dia, malas nak copy paste. terbelit lidah nak sebut. Korang google sendiri la. Nak tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia ni tiada isu sabah dan serawak dipinggirkan. So, kepada yang berkenaan tak payah la nak bertelagah apa sebab sememangnya nama Harimau Malaya tu adalah mewakili negara Malaysia.

UNIVERSITI MALAYA

Ok, kenapa nama Universiti ni tak nak ditukar kepada Universiti Malaysia? sebab tak seglamer pasukan bola kebangsaan, cuba jadi glamer macam pasukan kebangsaan, pelajar dia cipta mesin merentas masa ke, lecturer dia boleh terbang ke, dah glamer, barulah orang nak sibuk tukar nama jugak

Aku tak nampak apa masalahnya gelaran "Harimau Malaya" diberikan kepada Wira-Wira Negara yang menjulang Piala AFF Suzuki aritu. "Harimau Malaya" adalah nama saintifik  yang diberikan  kepada spesis harimau yang terdapat di Selatan dan Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia. 

"Harimau Malaya" merupakan satu spesis yang terancam dan dilindungi. Gelaran "Harimau Malaya" ke atas skuad pemain muda bolasepak negara merupakan satu pengiktirafan kerana ianya melambangkan kegagahan, kekuatan, keberanian dan "Harimau Malaya" juga terkenal dengan mitosnya sebagai penguasa di rimba raya. Penggunaan "Harimau Malaya" tidak bermakna ianya terhad kepada penduduk di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dipanggil Tanah Melayu semata-mata dan meminggirkan penduduk di Sabah dan Sarawak. Jika hendak diikutkan penggunaan "Harimau Malaya" pernah diberikan kepada penjenayah perang, Jeneral Tomoyuki Yamashita. orang yang mengetuai penaklukan Semenanjung Tanah Melayu, tetapi bukan ini yang kita maksudkan. Lagipun, nama "Harimau Malaysia" yang dicadangkan tidak terdapat di dalam mana-mana journal atau ensaikelopedia. 

Penggunaan konsep 1Malaysia sewajarnya tidak disempitkan di dalam bidang kehidupan kita seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah pihak. Cukuplah retorik sebegini dan seharusnya kita lebih menumpukan kepada apa yang dapat "Harimau Malaya" ini lakukan untuk menakluk Asia dan mungkin lebih jauh dari itu, InsyaAllah.

Kau orang tengok gamba-gambar kat bawah ni yang aku dpt dari website Nike. Terserlah kegagahan pasukan kita




note::apepun, selamat maju jaya wahai pasukan HARIMAU MALAYA


30 December 2010

momentum ngauman HARIMAU MALAYA!



LAPORAN SUKAN EDISI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
* sori agak terlewat kerana penulis amat sibuk dengan persiapan nak balik kolej.


Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia membenam pasukan Indonesia 3 gol berbalas 0 tempoh lalu meletakkan satu langkah selesa bagi pasukan negara untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Satu langkah lagi bila kita bermain di Stadium Bung Karno, Jakarta pada malam ini. Perlawanan agak sengit tapi aku bangga Malaysia mampu mencapai keputusan yang sangat selesa. Berbekalkan 3 gol ini pasti sedikit sebanyak menyukarkan pasukan Indonesia untuk bangkit dari kekecewaan ini.

Memang skema nak mampus mukadimah aku di atas. Aku bangga gila Malaysia dapat menewaskan Indonesia dengan 3 gol. Isu laser? Hahaha, masa World Cup pun dah ada isu ni tapi orang barat tak pernah nak kecoh pun pasal benda ni semua. Apa yang penting adalah mentaliti dan focus ditengah padang. Lagipun masa ketiga-tiga gol itu dijaringkan tiada laser yang dipancarkan. Gol itu Halal untuk Malaysia.

tgk! encik otromen yang punya pasal la

Player Malaysia yang paling aku sayang gila adalah Safee Sali. Beliau mengingatkan aku pada Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau memang mengaum masa perlawanan tu. Garang bagaikan harimau menggigit kepak si Garuda. Ya, aku bangga sangat malam tu. Saat beliau meledakkan gol pertama aku macam orang kena histeria sambil menjerit-jerit “Safee Sali, Safee Sali awwww!!”.. Gedik sekejap ya disitu. Gila apa nak jerit macam tu. Mestilah aku jerit “Go000000000l!!!!!!!!!!!!!!” bernada 14 harkat (Lepas tu mencarut kecil sambil mengeji goalkeeper Indonesia).
Ya, gambar ni bukan aku yang ambil. Aku main curi je dekat Pakcik Google. Tandukkan maut dari Safee Sali pujaan hatiku. Meletup gawang gol Indonesia. Penjaga gol Indonesia bernama Markus yang berkepala botak tu hanya mampu melihat sahaja bola itu menerjah gawang gol beliau untuk kali ke-3. Pada aku gol inilah paling high class sekali. Sikit punya laju bola tu beliau tanduk. Memang kepala besi laa kau ni Safee Sali. Hahaha.

Yang paling membanggakan aku adalah, Malaysia membuktikan kemenangannya tanpa menggunakan sebarang player import. Itu yang kita mahukan ya. Kalah atau menang biarlah kita menggunakan kemampuan kita sendiri. Barulah Harimau Malaya macam tu.  Untuk pasukan Indonesia, well aku malas nak komen banyak sangat. Satu je nasihat aku untuk korang adalah “Letakkan player import kau dibangku simpanan dan masukkan Bambang Pamungkas kerana beliau lebih berkualiti dari player import korang“.

Semoga pasukan Malaysia akan terus sukses walau dimana jua mereka berada. Ngauman Harimau Malaya di Stadium Bung Karno. Ayuh! Mari kita sorakkan dengan sorakan 1 Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!



LAPORAN SUKAN EDISI STADIUM GELORA BUNG KARNO

Alhamdulillah akhirnya penantian Malaysia selama 14 tahun untuk menjulang piala Suzuki AFF kini sudah berakhir. Seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan peminat bola sepak, Malaysia menjadi juara baru (new king) pada kejohanan kali ini. Sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali sahaja ke peringkat akhir pada tahun 1996 (ketika tu kejohanan ni dinamakan Tiger Cup) tapi Malaysia tewas di tangan Thailand, 1-0.


Tapi tu dulu. Skang ni, Harimau Malaya membaham Garuda, 3-0 pada perlawanan final pertama Ahad lalu di Bukit Jalil (seperti laporan kat atas tu). Pada perlawanan kedua yang baru berlangsung tadi pula Malaysia tewas dengan 1-2, hasil gol sendiri.hukhuk. Kalau tak silap aku, ni kali kedua diorang bagi gol FOC kepada indonesia sepanjang kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 ni.

Papepon, tewas 1-2 kepada indonesia malam tadi tak memberi erti kepada kita sebab kita tetap menang dengan agregat 4-2 secara keseluruhannya.


Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak kali ni setelah berjaya menyumbat lima gol sepanjang kejohanan berlangsung. Cayalah!

Selaku juara, Malaysia menang USD 100,000. Indonesia pulak dapat USD 50,000.

Tahniah kepada semua pemain Malaysia! Kowang semua memang rock la! hehhe


note::lepas ni ramai la yang search page Safee Sali, Khairul Fahmi kat pesbuk. K Rajagobal bila pulak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...