Showing posts with label BAHAGIA. Show all posts
Showing posts with label BAHAGIA. Show all posts

02 December 2010

selamat pengantin baru

sobs.sobs.sobs.
takde ape yang nak diperkatakan
cuma gambar-gambar yang memenuhi entri kali ini
sekian.












SELAMAT PENGANTIN BARU, BAIZURA KAHAR(BK)

note::kau pergi tanpa kerelaanku.hukhuk

19 November 2010

entri tanpa tajuk. kecewa

semalam, bukak-bukak HARIAN METRO je aku dah tkejut BERUK!
betul ke ni? atau aku bermimpi?? haihhh. hancur hati
kowang baca la sendiri kalau nak tau kenapa.


*dabel click kalau nak image yang jelas



ingat lagi puisi ni disampaikan oleh BK kat aku. ok itu tipu. puisi tu lebih kurang mcm ni la

bisikku pada bulan
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku
tanpa dia, malam menemaniku
bulan, jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi
SEPERTIKU


amacam? romantik tak? hahha. 
baiklah, kepada baizura kahar (BK) semoga berbahagia disisi suami tersayang. wish u hepy at all.
Lisa Surihani, u nak I tak? I single lagi ni??haaaaa


note::ini la akibatnye bile terlebih dos. jadi gila tak tentu hala.hahha


11 September 2010

mood raya lagi




assalammualaikum kepada semua pembaca belog saya ini.
tak kira lah rakan taulan mau pun pihak lawan.
pembaca tegar, pembaca senyap mau pun kadang-kadang je baca.
saya nak menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala penulisan saya kat sini yang ada membuatkan korang tersinggung, kecik hati dan tersentap.
sama ada sengaja atau tak sengaja, saya mintak maaf ok…
saya tau sukar nak memaafkan, tapi bukankah dengan memberi kemaafan dapat membuatkan hidup kita lebih aman dan tenteram? pehhh…
ok ini serius. selamat hari raya aidilfitri dari saya dan keluarga.
maaf zahir dan batin.




btw, nak kongsi sikit gamba raya ngan kowang sume. tak banyak pon sebab tak sempat la nak upload banyak-banyak.

dengan encik ayah (kami sedondon)

wif puan ibu (gaya kaki aku sebab nk buang air kecik.xtahan.haha)

okeh, ini bersama ngan adik aku amirul




kami rock!!!!haha



dan ini lah keluarga kami yang sangat bahagia

kalau sesiapa yang ada tersesat kat melaka dari raya pertama sampai raya ke 9, jemput-jemput lah ke rumah.
enjoice!




note::salam lebaran


10 September 2010

azam raya tahun ni

azam raya aku...pehhh..igt tahun baru je ke leh wat azam ke haaa? hehe kita spatutnya berazam setiap hari so dat kita akan ada matlamat n tujuan dlm idup neh...bila xdak tujuan hidup,mula la jd cam spongebob yang dehydated bila x kena air(xdak kaitan)..i mean,bila xdak tujuan,mula la kita merungut-rungut/meracau-kacau/PMS sperti org x berpuasa tp lapar dan letihnya mengalah org berpuasa(pedas siot diri sndri neh~ terasa...)



raya tahun neh aku berazam:

1. nak beli baju melayu kt encik ayah (if dapat gaji)

2. nak beli handbag kt puan ibu (if dapat gaji)

3. nak beli baju kt adek-adek jugak (if dapat gaji)

4. nak kurus, yakni x makan dengan secara pukal semasa hari raya (insyallah~hehe)

5. nak kumpul sebanyak yang mungkin duit raya. =P


walau apa pun azam kita, kita dh berjaya mengharungi satu lagi bulan yang penuh dengan keberkatan dan makanan-makanan yang extravaganza bnyak serta kelihatan lazat2 belaka walaupun pada hakikatnya, air kelapa terasa seperti air kosong credit dr water cooler.





SELAMAT HARI RAYA!!!
ikhlas dari muhammad amar aizat abdullah dan keluarga


note::raya-raya ni makan jangan sampai xigt dunia dah la


08 September 2010

raya datang lagi



Bila Hari Raya makin hampir ni, rasanya semua dah mula buat persiapan nak sambut Hari Raya ni kan. Macam aku sendiri, ada beberapa persiapan jugak yang aku dah siapkan. Tapi kebanyakan persiapan raya biasanya diuruskan oleh puan ibu.hehe.so, kerja aku hanyalah tolong-menolong.kan tolong menolong tu amalan mulia.ye tak?





Baju raya biasanya 1 warna sedondon dan seperti selalunya baju raya kami memang dijahit sendiri oleh puan ibu. Memang jimat dari segi kos. Proses menjahit baju ni biasa puan ibu  start sebelum bulan puasa lagi. Jadi tak akan timbul isu masa tak sempat nak siapkan baju. Biasanya baju raya yang puan ibu buat memang selesa kalo dipakai.memang terbaik lah.



 
Dari segi kuih-kuih dan biskut pula, persiapan ni biasanya dibuat dalam tempoh bulan puasa ni. Time ni dugaan memang kuat la. Sebab bau biskut yang puan ibu masak kat dapur...pehhh . Dah la tengah berpuasa kan, jadi memang boleh terganggu gak fokus puasa dengan bau kuih-kuih dan biskut nih. Hehe..Kebiasaan biskut akan dibuat dulu berbanding kek. Sebab biskut boleh tahan lebih lama berbanding kek. Lagi satu, kebiasaan yang puan ibu akan buat ialah biskut tart nenas dan kek coklat.haha.lapa dah ni weh...





Duit raya? Haa, yang ni memang kewajipan bila hari raya. Bila hari raya je, mesti kena cepat pergi ke bank nak tukar duit raya. Sekarang ni dah senang, ada duit RM1 kertas. Kalau waktu aku kecilk dulu, sengsara nak bawa duit raya. Bukan sengsara sebab apa, tapi sebab waktu tu masih pakai duit syiling. Berat poket kalau beraya sebab duit syiling je. Hehe. korang ingat tak?

Hehe.rasanya tu je kot persiapan raya yang memang tiap-tiap tahun kami sekeluarga wajib lakukan. yang lain-lain adalah sebagai sampingan je. cat rumah ke, tukar-tukar langsir ke tu kadang-kadang je akan dilakukan.ikut kemampuan. sebab encik ayah cakap, berayalah dengan kesederhanaan.cewah.haha.

Len kali aku update lagi la pasal persiapan raya ye. sebenarnya aku malas nak tulis banyak-banyak ni sebab aku nak pegi kacau dodol..bye sume



note::jangan main mercun banyak-banyak.nnt luka.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...