Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

16 January 2011

kenali diri anda


"Yeee...tuan-tuan..insan yang cemerlang datangnya dari minda yang tenang
hati yang bersih dan jiwa yang?? yang mantapp!!! lambat.."

Itu la kata-kata yang biasa aku dgr kalau Dr.Fadhilah Kamsah ni mula berbicara. Tapi bagus la dia. Aku giler kagum dan respect kat dia ni. Sebab dia seorang yang berilmu tinggi. Tapi tak tau la sampai tahap mana yang penting lagi tinggi dari aku.

Okay, kali ni post yang tersangat kena mengena dgn diri aku. Pasal "Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah." yang aku amik kat application pesbuk aku. Korang pon boleh cuba. Klik link ini

Aku lahir bulan Januari. Jadi aku post yang bulan Januari je la kot. Lain-lain kalau korang nak tau, korang carik jer sendiri. Korang ader pesbuk kan? Gi la kat aplication tu. Ye tak?

Jom tgk Bulan Januari Punya :

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.




Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik 
Ok ini mungkin betul. Seorang yang serius? Btw, ramai cakap macam tu. Tapi muka guwa ni nampak je sombong. Tapi guwa ok je.

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Yang ni mungkin betul. Tapi aku penah baca satu artikel bahawa kalau kita semakin kuat mengkritik, semakin bertambah hutang kita. Aiyooo, sejak tu aku tobat dah nak kritik-kritik ni.

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Amende yang aku buat sampai nampak keuntungan ni eh? Aku rasa la sebab aku rajin tackle cik awek Lisa Surihani tu yang untuk aku dapat kapel ngan die sampai sekarang kot. Ok, itu tipu.

Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur 
Bukti? Tanyalah pada cik awek Lisa Surihani. Dia lebih mengetahui.

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
Yang ni aku tak pasti lagi. Nanti aku nak call Dr Fadhilah Kamsah nak tanya betul ke tak dia cakap ni.

Pandai mengambil hati orang lain
Ramai cakap aku mulut manis. Ye dop? Aku pon tak penah rasa mulut aku ni perasa apa.

Pendiam kecuali telah diransang
Ok, kajian ini amatlah tepat. Aku pendiam orangnya dari segi luaran. Tapi bila dah dapat geng ataupon dah sama kepala, mulut ni tak boleh la nak dok diam melainkan setelah di soletep.

Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi 
Ni no komen la. Tak tau nak cakap apa.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Agak-agak boleh apply keje jadi chekgu disiplin tak?

Badan sihat tapi mudah diserang selsema
Yang ni aku tak pasti. Sebab, tak penah pon terjadi tiap-tiap hari aku kena selsema.

Bersikap romantik tetapi tak pandai memperlihatkannya
Ok, yang ni hanya untuk cik awek Lisa Surihani je. Sekian

Cukup sayang pada kanak-kanak
Sangat. Kalau boleh dah kawin nanti nak anak 13 orang boleh?

Suka duduk di rumah
Yang ni kadang-kadang betul. Sebab? Kalau sekali aku kuar rumah, tak habis RM300 tak sah. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap hari tak duduk rumah? RM300 x 30 hari

Setia pada segala-galanya
Dr Fadhilah, yang ni cheq dok piqhiaq dari tadi. Setia yang macamana tu ye?

Perlu belajar kemahiran bersosial
Yang ni tak sama ke dengan belajar kemahiran hidup time PMR tu? Sia-sia je la dpt A dulu-dulu kalau kena belajar lagi.

Sifat cemburu yang sangat tinggi
Saya akui. Saya sangat cemburu bila tengok cik awek Lisa Surihani dok hari-hari berlakon ngan si Farid Tamil tu. hahha

Kalau renung-renung balik, ade yang betol dan tepat nya. Ada yang sikit-sikit yang sebaliknya. Ini hanya kajian semata-mata. Orang tak kan tahu kita macamana kalau mereka tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya. So, kenal la dulu baru judge.

Renung-renungkan dan selamat mencuba!

note::kenali dan nilai seseorang itu dengan pandangan kita sendiri, bukannya dengan percakapan atau pandangan orang lain

21 September 2010

sila baca kalau anda BERANI

sekali-sekala menulis blog (menaip sebenarnye...haha) pada awal2 pagi camni style jugak kan. suasananye tenang je...sejuk....feelingnye laen sket. maybe sebab aku ni jarang tido waktu2 camni kot. hehe. i mean tabiat tido awal contohnya pukul 10.00malam (tapi kadang2 miss jugak...ish2). tambah2 pula sekarang aku kat lokasinye cukup strategik di kelilingi hutan belantara...so memang rase tropika laa. pe aku merepek nih.....yela, jarang 'berjaga' waktu camni kan.. i'm not a morning person melaenkan terpaksa...


pagi2 camni sesuai untuk aku muhasabah diri sket. hehe. ala2 tazkirah subuh gitu. hihi..tapi belum subuh lagi


kalau nak teruskan membace, teruskan niat anda. kalau bosan, padan muke......boooooooooooooooooo.............


hehe.


and the list goes here......tentang aku sket2..... :D


1- aku ni jarang dengar radio. so tak follow sangat ape lagu2 terbaru mase kini..tapi, sekali aku terdengar lagu tu kat mane2 dan aku rase lagu tu best gile, aku cepat2 donlod dan dengar lagu tu berulang2 kali...layan abes laaaa...kalau time tu kat umah plak, aku cepat2 tulis tajuk lagu tu. cam wat list la bende2 yang aku nak donlod bile aku free nanti. hehe. sebab aku ni mmg pelupa sket. bile dah bukak web nk donlod nanti, blur plak nak donlod ape. n lagu tu tak semestinye lagu yang latest.. lagu yang dah lame tapi aku tak pernah dengar n sekali dengar tros cam best, layannnnnn je..... sampai rumet aku pun tegur nape dengar lagu ni je...hahaha...


2- aku boleh tak makan nasik langsung untuk seminggu or dua minggu. tapi kene replace dengan makanan laen cam maggi dan sewaktu dengannye. kite kan orang melayu. so bagi sesetengah orang tu tak boleh tak makan nasik dalam sehari tu. mesti kene makan nasik jugak. aku tak kesah......hehe..hari2 makan maggi pun bole asalkan perut ni kenyang....


3- aku lagi suke shopping gune duit yang dikeluarkan dari wallet sendiri. hehe. bagus tak aku. tak menyusahkan puan ibu dan encik ayah. lagi feel kalau kite beli barang tu gune duit sendiri. so, aku lebih appreciate barang tu sebab duit sendiri kan. tapi kalau dah sengkek, mintak ngan encik ayah jugak...aku lagi suke encik ayah bagi je duit tu kat aku n aku bayar sendiri. kirenye cam duit tu aku punya lah sebab encik ayah dah bagi kat aku...hahaha (same jugak...paw encik ayah lagi...hehe).


4- aku dah dua kali delete blog. konon2 dah malas nak updet. tapi bile pikir2 balik, disebabkan frenster dah jadi sengal2 ubi, blog yang aku dah ade ni je menjadi medium aku still keep in touch ngan kawan2 sekolah dulu2. dan juga untuk meluahkan isi hati.ye tak? aku dah malas layan frenster skrang.. sori la kalau komen2 tu aku tak reply...hehe. siyes frenster dah sengal. aritu aku dapat komen lucah dari kawan aku. kawan aku pempuan lak tuh. takkan lah die nak wat cam tu kan...die lagi baek dari aku tau..(haha...). terkejut jugak aku dapat bende2 cam tu. bende ni jugak jadi kat orang len. so, memang banyak komen spam r skrg...ramai yang dah bertukar ke facebook. add la aku. search Muhammad Amar Aizat Abdullah


5- aku tak suke pegi mane2 sorang diri. huhu...rase cam aku dah takde kawan je.. tapi sekali-sekala kene independent jugak. tak boleh depends pada orang len sangat kan. aku berjaye buang perasaan ni sket2..cayalah....kalau takat nak turun pegi kedai tu takde teman pun takpe...bukan ade hantu pon


............erk. aku malas dah nak taip panjang2. sambung laen kali je yerp. :D


till then.





note::xkenal maka x cinta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...