11 March 2012

membesarnya guwa dengan menda ni


masa guwa belek-belek gambar lama tadi, jumpa la gambar-gambar majalah ujang yang dah lusuh tahun 1997 punya. dalam hati guwa 'damn..peberet ni dulu waktu guwa di zaman sekolah rendah'. dan tiba-tiba ingatan guwa kembali ke tahun 1990-an iaitu zaman dimana guwa adalah seorang budak kecik yang skema sebelum kenal sebarang jenis anime dan manga seperti naruto dan bleach kecuali dragon ball, ini adalah majalah yang menjadi peberet guwa.

dulu guwa sanggup kumpul duit RM3.90 tetiap bulan semata-mata nak beli majalah ujang. sebab majalah ujang guwa kenal istilah mat motor melalui cerita workshop yang mana dua watak utamanya adalah dicky dan cupin. angpa ingat tak sapa derang ni? cer ingat balik.. masa tu belum ada istilah mat rempit yang dicipta oleh anak-anak muda kaki lumba motor di jalanan sekitar tahun 2000. kalau tak, mesti tajuk cerita tu dunia si rempit. dan walaupun guwa budak hingusan masa tu, guwa tetap boleh menghayati kisah cinta antara jessica dan sahak dalam kisah 'blues untuk aku' dan 'bersama-selamanya'.

majalah ujang punya kelainan sebab setiap watak dan cerita seolah-olah menggambarkan realiti kehidupan masyarakat di malaysia. kisahnya tak terpengaruh dengan anasir luar, maka sebab itu ceritanya dekat dengan rakyat kita. majalah ujang dilayan oleh setiap orang tak kisah di bandar atupun di kampung. samada abang buat burger ataupun pelanggan yang tengah tunggu abang buat burger siapkan burger. even lawaknya lawak splastik.. terutamanya oleh maskot ujang iaitu arwah din beramboi.. namun ia tetap boleh diterima.

time hari raya mesti keluar edisi bumper.. jadi harganya pun akan naik tapi guwa tak kisah kerana sebab duit upah puasa yang encik ayah bagi kan banyak... jadi lebaran guwa bermakna sebab bila hari raya guwa akan berkurung dalam bilik setiap kali dah dapat isu baru. gila cantik perangai guwa. keh keh. lagi satu perangai cantik ialah guwa akan berlari-lari mencari majalah kalau guwa sakit perut nak ke jamban. waktu melabur guwa tak la bosan sangat sebab ada bahan bacaan.. jadi guwa boleh feel dua benda sekaligus.. iaitu feel melabur dan feel layan cerita 'bersama selamanya'.

bila ujang keluarkan animasi usop sontorian guwa antara peminat setianya. kalau terlepas cerita usop sontorian waktu tu guwa akan bengang giler. ye la waktu tu belum ada akses internet jauh sekali youtube untuk guwa ulang tayang cerita tu. kerana usop sontorian, semua orang kenal kampung parit sonto, johor yang dulunya tak dikenali oleh rakyat bumi mesia.

tapi tu dulu.. sebab hari ni pun guwa dah lupa entah berapa lama guwa berenti beli majalah ujang. aura dan kehebatannya tengelam ditelan peredaran dan zaman. lepas tu ada era urbanisasi dan lahirlah majalah seperti hype, utopia ataupun gempak yang menengelamkan lagi populariti majalah ujang yang guwa anggap majalah rakyat mesia itu. guwa rasa mereka yang dahulunya meminati ujang sekarang mesti dah berkerjaya dan berkeluarga.. jadi takde masa untuk berhibur dengan komik lagi. generasi yang lebih kecil seperti guwa masa itupun sudah beralih arah.

biar sudah beralih arah namun majalah ujang tetap akan guwa ingat sebagai salah satu kenangan sewaktu membesar. suatu karya yang jujur dan dekat dengan imej rakyat mesia.. yang hari ini ditengelami dengan arus pemodenan serta kehidupan imej rakyat mesia. hari ni kita cuma memuja sesuatu yang datang dari barat. sebab kita punya mentaliti yang karya anak tempatan seperti hasil seni itu adalah sesuatu yang kekampungan.

generasi muda hari ini telah menjadi suatu generasi yang agak hipokrit dan rakus dalam mengejar trend sehingga tidak lagi memahami identiti dan kehendak sendiri berdasarkan lingkungan budaya dan kehidupan disini. ada yang terlalu hipokrit sampai malu untuk mengaku makan belacan, budu ataupun tempoyak. rileks la brader!



siapa yang hidup sezaman dengan guwa, tapi tak kenal majalah ni, angpa loser.


1 comment:

Khairun Salwa said...

haha. suka baca part yang mamat tu suka mintak 2hinggit kat bos dia. lupa la tajuk apa. hee! this is nice. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...