26 October 2011

kita merancang, Dia tentukan




Tak semua yang kita impikan itu akan jadi kenyataan
Tak semua yang kita miliki akan kekal selamanya.

Janganlah bermegah dengan apa yang kita ada
Kerana apa yang kita ada tu bukan hak milik kita selamanya.

Janganlah menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang kita ada
Kerana tak semua manusia hidup bahagia

Apa yang kita miliki hanyalah sementara
Semua adalah pinjaman semata-mata
Dan semua itu boleh hilang sekelip mata.

Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalunya cerah.

Jangan menyesal dengan apa yang terjadi
Kerana apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada
Redha lah akan ketentuanNya..

Ingatlah!
Kita hanya merancang...
Dia yang menentukan segalanya...


p/s: =_="

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...