24 January 2011

wahai adik, bergembiralah kamu di syurga



Kejam! Tak berperikemanusiaan! Zalim! Tak bertanggungjawab! Apa perasaan korang bila lihat, dengar, baca kes-kes buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang? Marah ke? Sedih ke? Atau sekadar duduk dan menggeleng kepala tanpa ada apa-apa usaha nak betulkan keadaan? Sekarang ini kita sering dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang aku sifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Gejala buang bayi ni adalah berpunca daripada si pelaku (kalau ikutkan hati nak tulis si binatang je) yang tidak menginginkan bayi tersebut akibat daripada keterlanjuran mereka dalam melakukan hubungan luar nikah dan kehadiran bayi tersebut hanya akan mengundang kejian dan tohmahan daripada masyarakat yang membuatkan si pelaku merasa tertekan dan mengambil jalan singkat dengan membuang bayi mereka tanpa perasaan simpati. 


Bayangkan la, tubuh kecil si comel yang masih belum mengerti apa-apa dan mengharapkan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan bapa, terkulai layu tanpa nafas, dijumpai dalam tong sampah, dalam mangkuk tandas, dalam longkang, dalam semak, dalam tempat pembuangan najis, dicampak tanpa simpati, apa perasaan korang?

 




Sesekali aku tertanya-tanya apakah pelaku tidak mempunyai sebarang perasaan semasa membuang bayi mereka. Tidakkah mereka merasa berdosa melakukan perbuatan sedemikian? Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia menyatakan di mana sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. Namun adakah tempoh masa selama 20 tahun itu sudah cukup untuk menginsafkan pelaku dan juga orang ramai? Daripada sudut pemikiran sendiri, aku rasa tempoh masa ini masih belum mencukupi kerana masih ada lagi kes-kes yang sama dilaporkan berulang lagi hari ini. Ini jelas membuktikan bahawa si pelaku masih tidak takut akan undang-undang dan terus melakukan jenayah terkutuk ini.


Pihak berkuasa haruslah mengkaji semula hukuman yang diperuntukkan kepada mereka yang membuang bayi ini. Sebagai contoh, hukuman berat seperti gantung dan sebat haruslah dilaksanakan sebagai usaha untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa dan terus menjadi duri dalam daging kepada semua pihak termasuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Apabila terlaksananya hukuman gantung kepada mereka yang membuang bayi, pasti ramai yang takut dan akan berfikir dua kali untuk melakukan jenayah ini. 




Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu





Gejala pembuangan bayi sudah menjadi semakin serius di Malaysia ini. Di manakah letaknya tanggungjawab kita sebagai umat manusia? mengapakah masih ada segelintir manusia yang begitu rakus dengan nafsu dunia sehingga saanggup bertindak sebegitu rupa. Hukuman yang berat dan menyakitkan mungkin bakal menjadi guru kepada tindakan mereka, seterusnya membendung gejala membuang bayi di Malaysia.


Entri ini adalah sebagai menyokong kempen APAKAH DOSAKU yang sedang giat dijalankan di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

note::apakah dosa anak-anak kecil itu?


22 January 2011

antara aku, dia dan orang ketiga

"Kita ada sesuatu yang ingin kita katakan pada seseorang, sesuatu yang benar, tapi tak terkata. Kerana kita tahu, dia bencikan kebenaran itu.

Dan kadang-kadang, kita dipaksa pula untuk mengatakan sesuatu. Tapi kita tidak mahu, kerana hanya akan melahirkan rasa sakit hati sendiri, tapi kita terpaksa luahkan juga, kerana di situlah kebenarannya. Lemahkan kita?"




Nama watak untuk Lisa dan Daniel dan Diana terpaksa ditukar untuk menjaga keaiban individu terlibat.

Aku suka kat Lisa. Aku penah luahkan perasaan aku pada Lisa, tapi Lisa reject. Lisa pula suka kat Daniel. Walaupun Lisa tak pernah cakap dia suka kat Daniel, tapi aku tahu. Jadi aku hanya berkawan baik dengan Lisa. Kata Lisa, Daniel merupakan seorang yang baik hati.

Tapi aku tahu, Daniel bukan seorang yang baik. Semenjak kecil, aku telah berkawan dengan Daniel. Luar dan dalam, aku lebih kenal Daniel dari orang lain. Kerana sayangkan Lisa, aku tidak mahu Lisa dipermainkan oleh Daniel. Malangnya, aku tak boleh bagitau Lisa tentang sifat sebenar Daniel. Aku tak mahu Lisa berfikiran negatif terhadapnya. Seperti cerita-cerita Melayu yang lain, aku merupakan hero cerita yang hanya melihat dari jauh Lisa gembira bersama dengan Daniel.

Seperti yang kita sedia tahu, Daniel merupakan watak jahat. Kerana merasa sakit hati dengan keakraban aku dengan Lisa, Daniel telah melakukan sesuatu yang merosakkan hubungan baik antara kami. Kini, Lisa sangat bencikan aku. Terpinga-pinga dan tidak sempat untuk menjelaskan hal sebenar, aku ditinggalkan Lisa begitu sahaja. Aku yang kecewa, mengharungi hari-hari ku dengan melakukan kerja-kerja kampung dengan hati yang sangat sedih.

Pada suatu hari, Lisa terdengar perbualan antara Daniel dengan rakan-rakannya tentang hubungan sulit Daniel dengan seorang gadis. Untuk mendapatkan kepastian, Lisa cuba berhubung dengan aku dan cuba untuk mendapatkan cerita sebenar tentang Daniel. Sekali lagi, aku tidak dapat untuk memberitahu tentang sikap Daniel yang suka mempermainkan perempuan. Untuk melindungi Lisa, aku hanya mampu berpesan, "Jagalah diri, jaga peribadi."

Aku mendapat peluang sambung belajar di Kuantan. Dengan perasaan hiba, aku melangkah ke Kuantan dengan harapan aku dapat melupakan kisah sedih ku di kampung. Di sana, aku berusaha untuk sibukkan diri dengan bermacam-macam aktiviti supaya lebih cepat dapat lupakan Lisa.

Dan di tempat belajar itu jugalah, aku bertemu dengan Diana. Tanpa pengetahuan aku, Diana merupakan seorang pisau cukur yang cukup terkenal di kalangan orang-orang kenamaan. Dengan kecantikannya yang hampir sempurna, Diana cuba untuk menggoda aku.

.

.

.

.

Baiklah. Sebenarnya, aku tengah bosan ni. Tak tau nak buat mende malam ni. Ada cara lain lagi tak nak hilangkan bosan selain dari menaip?

Kah kah kah!! Mesti korang orang hampa, kan?




Aku pon tak tau nak wat ending ape cite yang aku tulis ni. Kalau aku terus merepek mesti lima hari lima malam pon tak habes. So, cerita kat atas takde kena mengena dengan diri aku ataupun sesiapa. Sekadar nak menghilangkan bosan je. kehkeh



note::ada tak cara lain nak ilangkan bosan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...