pemberian
nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tak diredhaiNya. itu dinamakan istidraj.
Rasullulah SAW bersabda :
Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
tapi manusia
yang derhaka dan banyak buat maksiat terkeliru dengan pemikirannya
merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
macam mana pulak dengan orang yang sembahyang 5
waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa sunat isnin, khamis dan puasa sunat yang lain. tapi, hidup
mereka biasa sahaja. ada yang susah juga. kenapa?
dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. bila kita
tanya, apa kamu tak takut mati? katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau
masuk neraka, ramai-ramai. tak kisahlah! sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah
pun tak sombong. Nabi Sulaiman sebesar-besar pangkatnya sampai semua
makhluk kat muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong. secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
manusia istidraj ini adalah manusia yang lupa daratan. meski berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. depa pandang hina pada orang yang beramal.
“dia tu siang malam tonggang tonggek semayang, pegi masjid, basikal pun tak mampu
beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya
macam aku, katanya sombong.”
sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat
yang banyak sebab untuk menghancurkannya.
cuba kita perhatikan anai-anai kalau tak bersayap, dia akan duduk
diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tapi kalau Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. lalu, bila sudah bersayap, anai-anai
pun menjadi kelkatu. kelkatu, bila mendapat nikmat iaitu sayap, dia akan cuba
melawan api. macam tu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan
Allah SWT.
firaun pun sama. nikmatnya tak terkira, tak
pernah sakit, bersin pun tak pernah sebab Allah berikannya nikmat kesihatan. orang lain selalu sakit, tapi Firaun tak, orang lain mati, namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
jadi, kalau kita kaji dan fikir betul-betul, terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. apsal orang kafir
kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup mewah. pemberian yang
diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
aaaaaaaa tapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid dengan kereta mercedes, dengan motor besar kita katakan itu istidraj. orang naik pangkat,
istidraj. orang-orang besar, istidraj. bukan macam tu! orang yang mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. dan jangan pula
kita tak mahu kekayaan. kalau nak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita minta.
tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, maka selamatlah
kita di dunia dan akhirat