29 March 2012

surat untuk anak-anakku

dari ayahmu.





ketika aku semakin tua, 
aku harap kamu memahamiku dan memiliki kesabaran untukku

suatu ketika,
aku memecahkan pinggan atau menumpahkan air di atas meja
itu bukan aku sengajakan, kerana mataku semakin kabur...
aku harap kamu tidak memarahiku
kerana orang tua itu semakin sensitif

ketika pendengaranku semakin hari semakin pudar...
aku tak dapat mendengar apa yang kamu katakan
aku harap kamu tidak memanggilku "pekak"
aku mohon diulangi apa yang kamu katakan
atau paling tidak kamu tuliskannya semula

maaf, anakku 
aku semakin tua...

ketika lututku semakin lemah...
aku harap kamu memiliki kesabaran untuk membantu ku bangun
sepertimana yang aku buat untuk membantu mu berjalan ketika kecil

aku mohon, jangan sesekali kamu bosan dengan ku
tolong jangan mengejek ku dengan caci makian

apakah kamu masih ingat ketika kamu menghendaki basikal sewaktu kecil?
kamu mengulangi apa yang kamu mahu berulang-ulang kali
hingga kamu dapat apa yang kamu inginkan

maafkan juga sekiranya bau ku busuk
aku mohon jangan kamu memaksa ku untuk mandi
tubuhku lemah...
orang tua mudah sakit, tidak boleh dalam kesejukan

apakah kamu masih ingat ketika kamu kecil?
aku selalu mengejar-ngejar kamu bilamana kamu tidak mahu mandi

aku harap kamu dapat bersabar denganku
bilamana kamu sudah tua, kamu akan mengerti semuanya

dan bila kamu ada masa terluang
aku harap kita dapat berbual-bual mesra
walau untuk beberapa ketika

aku sendirian sepanjang waktu...
dan tak memiliki seseorang pun untuk diajak berbual
aku tahu kamu sibuk dengan kerja
andai kamu tidak punyai masa dengan aku sekalipun
tolonglah cari sedikit masa untuk ku bersamamu

apakah kamu masih ingat ketika kamu kecil?
apa yang kamu cerita, aku akan mendengar dengan tekun

bila saatnya tiba,
dan aku hanya mampu terbaring sakit
dan sakit
aku harap ketika itu kamu semua ada disisiku

maaf
aku harap kamu bersabar berada disisiku
selama beberapa saat terakhir dalam hidupku
aku mungkin tidak akan bertahan lebih lama

ketika waktu kematian itu datang...
aku harap kamu semua memegang tanganku
dan memberiku kekuatan untuk menghadapi kematian

dan jangan bimbang anak-anakku,
ketika aku bertemu dengan Sang Pencipta
aku akan berbisik padaNya "untuk selalu memberkati hidupmu"
dengan sebab kamu mencintai Ibu dan Ayahmu

terima kasih atas segala perhatianmu, nak...
kami mencintaimu

dengan kasih yang berlimpah,
IBU dan AYAH



p/s: suatu hari nanti. bila aku sudah berkeluarga. aku harap anak-anakku akan menjumpai surat ini kerana ia akan tersimpan sehingga mereka sendiri yang akan membacanya....

22 March 2012

dari kerusi roda itu, dia mampu menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestin

tahu tak siapa beliau?

hari ini saya nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu As- Syahid Syeikh Ahmad Yassin 1938-2004.

sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, saya telah membaca satu journal yang menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal.

walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah yahudi laknatullah. hatinya tegar, jiwanya besar. Allahuakhbar.

keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".



sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tak dapat mendengar lagi dengan baik. ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  dan  para pejuang palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi israel. setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  dan  memprovokasi massa agar menyahkan israel dari muka bumi. mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah" (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 
hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

sedih dengar cara kematian beliau. jahatnya yahudi laknatullah tak sanggup nak tengok gambar beliau dibedil di kepala seusai solat subuh. 



melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hati kita








dan ini lagi. masyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH

bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. saya tak dapat bayangkan..



kalau kita yang tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yang melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 

Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau... 



**********************************************

detik-detik akhirnya tiba jua. saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 MAC 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. kepalanya hancur... tangannya putus... kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastik.

isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  dan memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata-kata As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pada anak-anaknya.

pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. kemudian beliau menunaikan solat Subuh.
ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  dan mereka bertindak mengambil tayar-yara serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. mereka semua gugur syahid.



*******************************************

Hayati setiap bait kata-kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


  • Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. 
  • Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
  • Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
  • Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. aku menyeru kalian utk menghadap AllahSWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
  • Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta keapda manusia dan dunia serta menggantikannya dengzn kata amal, kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
  • Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yg mulia. jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
  • Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.
  • Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yang terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. belum layak dan jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahid agama. masih banyak lagi tugas yang perlu saya saya kita-kita lakukan.
mari kita usahakan bersama-sama untuk memperbaiki diri dan mengajak sahabat yang lain ke jalan perjuangan Islam ini. 

semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk memperjuangkan dan menegakkan Islam sehingga hela nafas yang terakhir dan janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..


syukran jazilan kerana membaca.

Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

teks dan penceritaan adalah sumber dari: mujahidahwana.blogspot.com

21 March 2012

kita kena berusaha sebab kita bukan anak orang kaya



pertamanya, tahniah kepada semua calon SPM 2011 yang dapat keputusan dengan cemerlangnya. what u give, u get back. Alhamdulillah

keduanya, tahniah jugak kepada semua calon SPM 2011 yang dapat keputusan yang sederhana. jangan bersedih. Allah knows what's the best for you! just calm yourself down. this is not your final destination. but this is just the beginning of your real life journey.

kalau kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat lihat satu corak yang  pengaruhi perjalanan hidup kita. kebanyakannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu, atau mungkin juga dari kekerapan berlakunya kegagalan itu. corak itu lah juga yang akan terus mempengaruhi masa depan hidup kita. bak kata pepatah melayu "siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita"

ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu lagi bila mula-mula nak belajar berjalan. asyik-asyik jatuh je. tapi bila jatuh, berusaha bangun balik kemudian jatuh lagi. tak pernah kenal erti putus asa. ada ketikanya bila kita jatuh kita senyum je dan bangun jalan balik. jalan beberapa langkah, jatuh balik. tapi, masa tu jatuh silap landing lalu terhentak pulak kepala kat lantai. puas kita nangis, tapi bukan bermakna kita akan berhenti belajar berjalan sebab kesakitan tu. 

tak lama pastu bangun balik berjalan sikit-sikit sampai la satu masa tu kita dah tak jatuh lagi. jalan laju-laju, lompat-lompat dan kadang-kadang berlari-lari keriangan. seronoknya rasa bila dah tak jatuh-jatuh lagi dan berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. tapi, bila dah seronok-seronok.. dah cukup pandai berjalan dan berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan kita pun terjatuh. 

dari kecil lagi, Allah dah mengajar kita erti kegagalan, usaha dan tak kenal erti putus asa. tapi, bila kita dah berjaya... lupa diri, lupa yg kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. masa tu baru nak sedar dan baru nak menangis. mungkin ada peluang kedua dan mungkin jugak masa tu semua pintu peluang dah tertutup.

ingatlah, kanak-kanak tidak pernah kenal erti gagal bila mereka belajar berjalan. mereka jatuh, jatuh, jatuh dan jatuh. kejatuhan tu jugak la yang telah mengajar mereka dan membuatkan mereka lebih kuat. mungkin masa mula-mula jatuh, mesti nangis. tapi, lama-lama tu bila jatuh je cepat-cepat bangun dan tak nangis lagi. setiap kegagalan itu adalah proses pembelajaran. semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar dan pengajaran atas setiap kegagalan tu, semakin pantas kita dapat mencapai impian dan cita-cita kita. dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu pembelajaran yang takkan pernah tamat.

kita takutkan kekecewaan sedangkan kekecewaan itulah guru yang akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita. kekecewaanlah yang akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yang akan datang selepas kelalaian. bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 

jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi. Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian. Aallah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. InsyaAllah. kita harus yakin dan percaya dengan tiap takdir dari Allah. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. kita harus mengerti bahawa milik Allah lah segala kejadian. tarbiyah dari Allah itu indah.


Para-para sahabatku...


"jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kau terus berjaya dan menjadi manusia-manusia berguna di muka bumi nie..."


20 March 2012

wasiat dari aku untuk insan bergelar kawan



kawan-kawan..
kalau satu hari nanti aku pergi..
jauh dari sini
ampunkan la dosa aku
maafkan la kesalahan aku.

kawan-kawan..
kalau satu hari nanti aku hilang dari sisimu
janganlah kau lupakan aku
tak perlu kau mengukir arca memperingatiku
tak perlu kau membuat lagu menyebut namaku
cukuplah, cukuplah sekadar kau mengimbas kebaikanku
dan bersedekah doa untukku.

kawan-kawan..
kalau satu hari nanti aku hilang dari dunia ini
bantulah aku
kurangkan siksa kuburku
sedekahkan la Alfatihah untuk ku.

kawan-kawan..
bila aku tak mampu melihat lagi
bantulah aku,
iringlah aku dalam doa mu
permudahkan la urusanku
ampunilah aku.

aku bukan para nabi, para rasul
maksum dan terpelihara
aku bukan malaikat,
tak bernafsu dan tak berdosa.

aku hanya seorang laki-laki

laki-laki yang kerap melakukan dosa.


maafkan aku.


muhammad amar aizat abdullah
4.00 pm
20 Mac 2012
kolej kediaman 2, ump


17 March 2012

kenapa berbisnes itu perlu?




tadi time kat kedai potostat, guwa terdengar perbualan brader dua orang ni.

Zam, ang bukak kedai potostat ye skarang?”. Zam jawab, “haah la. keje sendiri, bisnes sendiri”. dia tanya lagi, kenapa tak amik PTD ke, boleh jadi pegawai besar?, tak pun jadi pensyarah ke?, ang kan ada master, degree”.

fikiran tipikal orang melayu , bila ada kelulusan tinggi, maka pekerjaan atau jawatan juga harus setaraf, atau dengan kata lain makan gaji atau jadi pegawai besar. apa salahnya dengan kerja sendiri? secara sedar atau tak, bila kita berbicara tentang kerja sendiri adalah berkaitan dengan menjalankan perniagaan, jadi tak kisahlah perniagaan itu warisan turun-termurun, kecil-kecilan, industri desa, perunding seperti peguam, doktor, atau kewangan. janji ia satu perniagaan.

bila bercerita tentang perniagaan, maka kita akan bercerita tentang kaum kerabat perniagaan iaitu risiko, rugi, untung, bankrap, modal dan yang sama waktu dengannya yang mana semua ini hanya dapat dirasai bila kita buat sendiri. tak ada dalam buku hatta dalam silibus master degree pun takde pengalaman yang serupa. cuma dalam belajar secara teori, ini dapat dipelajari  selok belok, pengalaman orang lain, falsafah dan ilmu yang tak serupa dengan orang lain yang tak belajar ilmu ini. maka yang tinggal hanyalah usaha.

tak semestinya orang yang ada kelulusan yang tinggi tak perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. tak sama sekali, cuma kebanyakannya cepat capai kejayaan kerana mereka ada strategi sendiri. ada juga yang tak jadi apa-apa. putus asa, malas dan bosan. ye la, nak jadi kaya bukan sekelip mata.

guwa teringat satu cerita pasal sorang ibu yang nak sangat anaknya jadi eksekutif. masa tu anaknya dah ada pendapatan pasif RM 4500 sebulan dengan bisnes sendiri. tapi ibunya harapkan anaknya kerja pejabat yang gaji permulaan hanyalah RM 1500 sebulan. maka dukacitalah si anak kerana dalam dilema.
 ringkasan kepada cerita, si anak pegi jumpa kawan untuk dapat khidmat nasihat. esok pagi, kawan dengan anak tadi balik kampung jumpa ibu. Maka si kawan tanya kepada ibu, “makcik, kenapa makcik nak anak makcik kerja pejabat, jadi eksekutif, bukankah kerja tu gaji kecik dari gaji anak makcik sekarang”. jawab si ibu tadi, “kerja pejabat tu terjamin. meniaga ni tak tahu hala tuju lagi. kerja kat pejabat tu tiap-tiap bulan ada gaji. nanti tak susah dia”. si kawan bersuara lagi, Ooooo.. gitu…. ok lah makcik. bukan ke Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa 9 dari 10 rezeki itu datangnya dari perniagaan, manakala 1 dari 10 rezeki itu datangnya dari perladangan. maka kat sini makcik, berniaga itu rezeki jaminan dari Rasulullah S.A.W. makcik percaya jaminan dari Rasulullah S.A.W ke atau jaminan dari pejabat?”. maka tersentaklah si ibu tadi bila mendengar kata-kata kawan si anaknya. dia berkata lagi, “makcik jangan risau, anak makcik dalam mencapai kejayaan. lagi pun sekarang perniagaannya sedang maju. rugi berhenti semata-mata mengejar jawatan yang tak pasti sebab RM50 hari ni sama nilai dengan RM5 untuk dua puluh tahun akan datang. biarlah dia dengan kerjayanya ini. lagipun halal”. maka si ibu akur dengan kehendak anaknya tadi.

jadi, cerita di atas sebenarnya sedikit sebanyakan membuka minda guwa. Juga diharap dapat membuka minda angpa semua. sebab itulah Rasulullah S.A.W suruh kita mengaji sampai ke negeri China, menuntut ilmu dari dalam kandungan hingga liang lahad, bukan semata-mata untuk kerja berjawatan atau makan gaji semata-mata. tapi untuk diri sendiri agar dapat memilih jalan yang betul. 

kesimpulannya, guwa sangat2 berhati terbuka bila member ajak berbisnes. tapi jangan sekali-kali mengajak guwa untuk berkecimpung dalam MLM. apa itu MLM? mampus la mung!

sekian.


11 March 2012

membesarnya guwa dengan menda ni


masa guwa belek-belek gambar lama tadi, jumpa la gambar-gambar majalah ujang yang dah lusuh tahun 1997 punya. dalam hati guwa 'damn..peberet ni dulu waktu guwa di zaman sekolah rendah'. dan tiba-tiba ingatan guwa kembali ke tahun 1990-an iaitu zaman dimana guwa adalah seorang budak kecik yang skema sebelum kenal sebarang jenis anime dan manga seperti naruto dan bleach kecuali dragon ball, ini adalah majalah yang menjadi peberet guwa.

dulu guwa sanggup kumpul duit RM3.90 tetiap bulan semata-mata nak beli majalah ujang. sebab majalah ujang guwa kenal istilah mat motor melalui cerita workshop yang mana dua watak utamanya adalah dicky dan cupin. angpa ingat tak sapa derang ni? cer ingat balik.. masa tu belum ada istilah mat rempit yang dicipta oleh anak-anak muda kaki lumba motor di jalanan sekitar tahun 2000. kalau tak, mesti tajuk cerita tu dunia si rempit. dan walaupun guwa budak hingusan masa tu, guwa tetap boleh menghayati kisah cinta antara jessica dan sahak dalam kisah 'blues untuk aku' dan 'bersama-selamanya'.

majalah ujang punya kelainan sebab setiap watak dan cerita seolah-olah menggambarkan realiti kehidupan masyarakat di malaysia. kisahnya tak terpengaruh dengan anasir luar, maka sebab itu ceritanya dekat dengan rakyat kita. majalah ujang dilayan oleh setiap orang tak kisah di bandar atupun di kampung. samada abang buat burger ataupun pelanggan yang tengah tunggu abang buat burger siapkan burger. even lawaknya lawak splastik.. terutamanya oleh maskot ujang iaitu arwah din beramboi.. namun ia tetap boleh diterima.

time hari raya mesti keluar edisi bumper.. jadi harganya pun akan naik tapi guwa tak kisah kerana sebab duit upah puasa yang encik ayah bagi kan banyak... jadi lebaran guwa bermakna sebab bila hari raya guwa akan berkurung dalam bilik setiap kali dah dapat isu baru. gila cantik perangai guwa. keh keh. lagi satu perangai cantik ialah guwa akan berlari-lari mencari majalah kalau guwa sakit perut nak ke jamban. waktu melabur guwa tak la bosan sangat sebab ada bahan bacaan.. jadi guwa boleh feel dua benda sekaligus.. iaitu feel melabur dan feel layan cerita 'bersama selamanya'.

bila ujang keluarkan animasi usop sontorian guwa antara peminat setianya. kalau terlepas cerita usop sontorian waktu tu guwa akan bengang giler. ye la waktu tu belum ada akses internet jauh sekali youtube untuk guwa ulang tayang cerita tu. kerana usop sontorian, semua orang kenal kampung parit sonto, johor yang dulunya tak dikenali oleh rakyat bumi mesia.

tapi tu dulu.. sebab hari ni pun guwa dah lupa entah berapa lama guwa berenti beli majalah ujang. aura dan kehebatannya tengelam ditelan peredaran dan zaman. lepas tu ada era urbanisasi dan lahirlah majalah seperti hype, utopia ataupun gempak yang menengelamkan lagi populariti majalah ujang yang guwa anggap majalah rakyat mesia itu. guwa rasa mereka yang dahulunya meminati ujang sekarang mesti dah berkerjaya dan berkeluarga.. jadi takde masa untuk berhibur dengan komik lagi. generasi yang lebih kecil seperti guwa masa itupun sudah beralih arah.

biar sudah beralih arah namun majalah ujang tetap akan guwa ingat sebagai salah satu kenangan sewaktu membesar. suatu karya yang jujur dan dekat dengan imej rakyat mesia.. yang hari ini ditengelami dengan arus pemodenan serta kehidupan imej rakyat mesia. hari ni kita cuma memuja sesuatu yang datang dari barat. sebab kita punya mentaliti yang karya anak tempatan seperti hasil seni itu adalah sesuatu yang kekampungan.

generasi muda hari ini telah menjadi suatu generasi yang agak hipokrit dan rakus dalam mengejar trend sehingga tidak lagi memahami identiti dan kehendak sendiri berdasarkan lingkungan budaya dan kehidupan disini. ada yang terlalu hipokrit sampai malu untuk mengaku makan belacan, budu ataupun tempoyak. rileks la brader!



siapa yang hidup sezaman dengan guwa, tapi tak kenal majalah ni, angpa loser.


05 March 2012

pesanan untuk sahabatku, pesanan untuk bakal isteriku


kepada sahabatku,


kahwin dengan orang yang boleh buat kawan
sehingga kawan itu jadi pasangan kita
sehingga pasangan kita itu, ibarat diri kita sndiri

kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. wanita yang gagah adalah:-

1) wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3) wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman. seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.






kepada bakal isteriku












bolehkah kamu berjanji, jika kamu menjadi isteriku, masa yang kau luangkan bersamaku, adalah masa yang bermanfaat untuk agamaku, dan untuk kehidupanku?

bolehkah kamu berjanji untuk berusaha tidak mengambil masa yang telah aku berhabisan menyusunnya untuk agama kita untuk kehidupan peribadimu, yang tidak mendatangkan kebaikan untuk agama kita?

bolehkah kamu berjanji melalui masa yang aku luangkan bersamamu 1 minit, akan memudahkan kerja agamaku selama 5 minit?

bolehkah kamu berjanji untuk berusaha bersamaku?

jika kamu berjanji, dan jika diriku adalah suamimu, aku berjanji akan berusaha, tiada masaku yang akan aku luangkan melainkan supaya kehidupanmu berada pada landasan yang benar.

dan, tiada masa luangku akan aku habiskan melainkan supaya dirimu didengari dan dihargai.

dan, aku akan sentiasa berjalan bertemankan dirimu, jika kamu berjanji, kerana kamu tangan yang memudahkanku.

dan, aku akan sentiasa duduk bersebelahamu, jika kamu berjanji, kerana kamu peneman yang menyejukkan hatiku.

InsyaAllah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...