30 September 2010

aku rindu padamu Ya Rasulullah


Saudara saudari, hari ni saya nak terjemahkan kepada anda semua bagaimana rasa cintanya Rasulullah SAW kepada kita sebagai Ummat nya. Saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya tau untuk sama-sama kita muhasabah dan menilai sejauh mana diri kita ini. Wallahualam.


Mari saudara saudari kita membaca Bismillahirrahmanirrahim terlebih dahulu



Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan. Ketika itu Baginda Rasulullah SAW sedang duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Dan diantara para sahabat ada Saidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan yang lainnya. 


Lalu kemudian Baginda bertanya kepada para sahabatnya, "Wahai Sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah?"


Para sahabat terdiam. Lalu kemudian ada seorang sahabat berkata, "Para Malaikat, ya Rasulullah. Merekalah yang mulia"


Baginda berkata, "Ya, para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah. Tentulah mereka mulia tapi bukan itu yang ku maksudkan."


Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam. Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata, "Ya Rasulullah, tentulah para Nabi. Merekalah yang mulia itu."


Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, "Ya, para Nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya."


Para sahabat terdiam, saudara saudari. Tertanya siapa lagi orang yang mulia hingga kemudian salah seorang para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, apakah kami sahabatmu Ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah?


Bayangkan, Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu. Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata, "Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. Kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tentulah kalian mulia tapi ada lagi lain yang lebih mulia."


Para sahabat terdiam semuanya. Mereka tak mampu berkata apa-apa lagi. 


Bayangkan tiba-tiba Nabi Muhammad menundukkan wajahnya
Bayangkan tiba-tiba Nabi Muhammad menangis dihadapan sahabat-sahabatnya


Para sahabat pun tertanya, "Mengapa kau menangis Ya Rasulullah?"


Bayangkan Baginda mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata terlinang membasahi pipi dan janggutnya. Baginda berkata, "Wahai saudaraku, sahabatku tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA. Mereka yang MULIA itu."


Merekalah UMMATKU!


Bayangkan saat itu Baginda menitiskan air matanya, semua sahabat menangis. 


Tolong katakan saudara saudari semua siapa yang dirindukan Nabi Muhammad SAW?
Siapa yang didoakan Nabi Muhammad SAW setiap waktu?


Demi Allah sekarang, tolong tanya diri kita masing-masing wahai saudara saudari. Silakan saudara saudari tundukkan wajah dan pejamkan mata dan tanya ke dalam hatimu saudara saudari,


SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW?


Tolong bayangkan siapa ikon kita selama ini, saudara saudari?
Siapa idola saudara keluarga kita selama ini, saudara saudari?


Lihatlah bagaimana segelintir dari kita yang sudah melupakan Nabi Muhammad SAW
Mereka lalai kepada Baginda Nabi Muhammad SAW
Mereka tak ada lagi rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW


Mereka bangga dengan ikon artis-artis mereka
Mereka bangga dengan para pemain bola sepak yang mereka banggakan


Tolongkan katakan sudah berapa lama kita hidup di dunia ini, saudara saudari?
Sudah berapa lama kita tidak mendidik anak-anak kita supaya tidak mencintai Baginda Rasulullah, saudara saudari?


Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, tolong tanya diri sendiri saudara saudari


SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMMAD?
SUDAHKAH ADA AIR MATA YANG BERLINANG KERANA RINDU KITA KEPADA BAGINDA?
SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI?
SUDAH BERAPA LAMA KITA LEKA HIDUP DI DUNIA INI?
SUDAH BERAPA LAMA KITA MELUPAKAN NABI MUHAMMAD SAW?


Maka, marilah saudara saudari kita hadirkan dan hidupkan rasa cinta kita dalam hati ini semoga kelak hari kemudian di Padang Mahsyar kita akan berkumpul bersama baginda Nabi Muhammad SAW.


Hayatilah lagu ini saudara saudari, bayangkan kita hidup bersama Baginda Nabi Muhammad SAW
http://www.youtube.com/watch?v=kZzhcF715Bg&NR=1 


note::semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri dan bertanya sejauh manakah kita mencintai Rasulullah S.A.W yang mulia.


29 September 2010

cerita tentang PANAS






Sebagaimana anda semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas semacam.



Ah! Aku dah mcm intro cerita MAJALAH TIGA pulak. Maaf. Aku tak suka intro itu. Aku cuba lagi sekali. Okey?

Okey.

Sebagaimana korang semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas gila babi.

Aku bukan puteri lilin. Aku boleh tahan terik (Rujuk pada warna kulit, Accapan putih sikit dari aku. Percayalah). Tapi aku can't help but to merungut sekali-sekala bila berada dalam keadaan panas terik.

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut akibat panas, sebab aku faham. Cuma aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi kalau orang merungut panas, aku diam saja dan cuba bantu dengan meniup-niup ke arah orang itu. Tak membantu sebenarnya tapi aku beri diri sendiri 'A' untuk effort.

Akan tetapi, setiap kali aku kata "Wei, panas gila weiiii", kebanyakan orang di sekeliling aku akan memberi respon yang sama. Dari waktu aku sekolah rendah lagi.


Aku : Wei, panas gila wei.
Rakan Sekerja : Sabarlah. Neraka lagi panas.


Aku : Wei, panas gila wei.
Ustazah : Kamu tahu tak api neraka itu jauh lebih panas? Ini sikit je pun kamu tak tahan.


Aku : Wei, panas gila Melaka sekarang wei.
Kawan : Kau tahu tak KL lagi panas? (Oh, ni kawan aku yang tinggal di KL cakap, respon ni saja yang berbeza)


Aku : Wei, panas gila wei.
Bos : Api neraka punya panas berjuta-juta kali ganda lagi panas dari ini. Jom cari kuih bengkang. Saya teringin.





Aku ada masalah dengan respon tersebut sebab aku tak puas hati.

Yang dia orang yakin sangat aku akan masuk neraka apasal?

Jangan jawab.


note::matahari panas tak??


28 September 2010

persiapan rombongan MERISIK untuk aku






Bila kawan korang tiba-tiba:

1. Ajak makan free, dia belanja;
2. Ajak lepak minum dan berjumpa dengan kawan-kawan dia;
3. Ajak jalan-jalan ke tempat yang bila kowang tanya 'kat mana?' tapi dia tak nak jawab;


Aku nak nasihatkan, baik korang naik kenderaan sendiri. Tak ada kenderaan sendiri, pinjam je basikal anak saudara korang. Janji korang tak naik kenderaan dia. Dah naik kenderaan sendiri tu, jangan pulak gatal-gatal nak tumpangkan kawan-kawan dia. Tak kira lah kawan dia tu makwe seksi pakai baju nampak body ke, pelakon cerita Kisah Makcik Sally Yang Berduka ke, bekas ratu cantik Uganda ke, korang jangan nak tunjuk hero, nak tumpangkan diorang pulak.

Kenapa? Supaya senang korang nak lari, kalau kawan korang tu tiba-tiba keluarkan ayat serba-salah begini:


- Inilah bisnes aku.


- Tu lah upline aku. Jangan pandang dia sebelah mata tau. Dia ada tanah kat Marikh.


- Ko nak jadi kaya macam si polan- si polan ni tak?


- Biar aku kenalkan kau dengan satu bisnes ni. Ramai orang dah join, rugi kalau ko tak join.


- Melayu kena tolong Melayu. Ni aku nak tolong kau lah ni.


- Duit kau ada berapa dalam bank?


- Kau kerja apa sekarang ni? Berapa sangat kau boleh dapat dengan kerja makan gaji tu?


- Tak ada duit modal? Sini aku ajar nak cari duit modal.


- Kalau nak kaya, kena berusaha sikit. Malu tu tolak tepi lah.


Bangkai! Cuai sangat aku masa tu. Iye lah, bila tiba-tiba ada member nak belanja dinner masa aku tak ada duit, takkan aku nak tolak? Nasib baik lah lepas aku dah dapat bau yang aku akan kena dengar ceramah pasal MLM ni, tiba-tiba je 'kawan' aku telefon, kata 'kereta dia rosak'. Boleh jugak aku 'tolong tengok-tengokkan'. Terima kasih bijaksana.

Jadi kepada kawan-kawan aku yang rasa nak lama berkawan dengan aku, tolong. Tolong jangan pernah buat macam tu kat aku lagi. Hati aku ni halus, cepat touching dengan benda-benda macam ni. Kalau aku merajuk nanti, jenuh jugak nak kena pujuk ni. Paling-paling, kena belanja aku air kelapa sama nasi goreng, baru gua boleh lupakan.








Perlu dinyatakan di sini, yang aku TIDAK BERMINAT dengan sebarang jenis Multi Level Marketing, sistem piramid, upline downline ni semua. Nanti kalau family aku tau, segala dana bantuan yang dihulurkan kepada aku mungkin disekat kalau aku join benda-benda mengarut macam ni.

Dapat???

Aku mungkin rugi, aku mungkin miskin, aku mungkin sombong, aku mungkin bodoh. Tapi aku selesa hidup macam ni. Kau berniaga, aku tumpang gembira. Tapi kalau punca rezeki itu kau dapat dengan menindas orang lain, aku tolak. Bakal keturunan aku tak akan makan sedikit pun hasil rezeki itu.






note::sila lupakan tajuk diatas..tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. sekian


27 September 2010

bayangkan bila binatang ada FACEBOOK









agaknya macam ni la status yang akan dowang UPDATE


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?



note::So.. amacam? Nak post status ngarut2 lagik?? Ada lagik yg mngarut pnya status..

bila perempuan-perempuan berperangai pelik

Jepun & China dalam apa-apa perkara pon dalam dunia ni semua dia lebih advanced dan maju dari negara lain. Kenderaan, Gadjet, Game, Fashion, Technologi dan apa-apa sahaja la semua diorang dominasi. Respek dan suspek gila kat kepala  otak diorang ni. Ntah ape diorang makan agaknya. Banyak makan ba alif ba ya kot!! Hahaha..





Hoho.. sungguh kotor pic kat atas ni.. Siapa tengah makan tu, pergi le abiskan dulu.. Ermm.. Tengok pic kat atas ni apa agaknya yang korang fikirkan? confirm dah leh terlintas pikiran korang kan? Orang jepun ni memang dah terlalu advanced. Sampai dah mencipta satu alat yang membolehkan wanita kencing berdiri. Ni kes nak ajar orang buat benda bukan-bukan le ni. Tapi bagi aku, walaupun tak pasti sangat kaum wanita suka atau tidak benda ni, benda ni agak memudahkan juga untuk kaum wanita melakukan proses perkumuhan (macam belajar sains darjah 4 daaa).. Seperti yang kita biasa lihat, kalau kat tandas awam la, minta maap cakap, ade pencuci jamban pun, macam takde jer!!
Tak ramai dari kita yang bila nak buang air, sanggup duduk kat atas toilet bowl tu.. Kalau tandas lelaki tak payah cakap la, buang air kecik atau besar, tak pernahnya masuk lubang. Semuanya kat luar!! Chait!! Tapi ingat ye, bahaya kalau kita menyangkung kat atas toilet bowl tu. Sebab menda alah tu tak boleh menampung berat badan kita keseluruhannya. Ada satu kes sampai terbelah peha seorang wanita tu. Mesti korang pernah nengoknya gambar tu kan? So dengan adanya alat ini, mungkin kemalangan tu tak mungkin akan berulang lagi especially untuk wanita. Yang lelaki ade kelebihan semula jadi dah.. Hehe.

gambar alat untuk kencing berdiri


dan dekat bawah ni pulak adalah gambar perempuan-perempuan dan wanita-wanita yang dah berjaya kencing berdiri menggunakan alat ini.hehe sungguh tak boleh belah lah. kerana kelakar. cuba tengok gambar sekali, dan jangan bayangkan. hahah







note::apepun wanita kencing berdiri memang suatu perkara yang amat memalukan. 


26 September 2010

lu bikin gua panas je




Bayangkan, aku tengah tengok filem Melayu dekat A***O (siaran TV berbayar) . Masa tu jam menunjukkan tepat jam 11 malam. Semua orang dah tidur. Aku sorang-sorang je depan TV tengok filem. Hari ni tak keluar lepak mamak sebab hujan. sejuk. lagi-lagi malam ni malam jumaat. ape yang korang buat time malam jumaat kalo korang ade isteri??cehhhh dah senyum sorang-sorang tu.haha

Ok. sambung cerita. Filem ni filem sedih. Melankolik gila. Dengan mood melankolik sebegitu, setiap ayat yang dituturkan oleh pelakon adalah penting, supaya kita dapat menghayati sepenuhnya filem itu.

Mari kita ambil filem bertajuk "Kisah Makcik Sally yang berduka" sebagai contoh.

[Sila hiraukan tajuk filem. Faham tak konsep contoh?]

Tengah aku syok-syok layan filem tu, tiba-tiba  aku rasakan dialog yang dituturkan oleh makcik Sally (nama watak utama dalam filem sedih) kurang jelas ke pendengaran lubang telinga aku. Hanya kelihatan Angelina Jolie (nama pelakon yang melakonkan watak makcik Sally) tersedu-sedu menahan tangis sambil berkemban.

Pastu aku ambik la alat kawalan jauh, kuatkan volume.

Sekarang, suara makcik Sally sudah jelas kedengaran.

Dan sekarang, baru la aku faham kan kenapa makcik Sally ni sedih sangat.

Tiba-tiba... Iklan pulak.


JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKAN DRAMA-DRAMA TERBAIK DI A***O CITRA (siaran TV berbayar) , KINI DENGAN HD!!!!!!

HANYA DI A***O BEYONCE (siaran TV berbayar) !!!!


Aku menggelabah cari alat kawalan jauh, untuk memperlahankan bunyi.


********************************


Berdasarkan situasi di atas, korang rasa macam bangang tak bila dipermainkan oleh pihak A***O (siaran TV berbayar)?

A***O (siaran TV berbayar) dengan sengaja telah memperlahankan nada suara rancangan yang sedang ditayangkan. Untuk mendengar dengan jelas, pengguna perlu meninggikan nada suara. Tapi apabila iklan ditayangkan, bunyi iklan tiba-tiba kuat nak mampus. pernah tak korang alami??

Aku pun tak tahu apa motif A***O (siaran TV berbayar) di sebalik perbuatan yang licik ini. Adakah ini satu konspirasi? Adakah dengan menguatkan iklan, A***O (siaran TV berbayar) akan mendapat bayaran lebih? Adakah dengan menguatkan iklan-iklan A***O (siaran TV berbayar), jiran sebelah yang tak ada A***O (siaran TV berbayar)akan menjadi cemburu?

Atau pun, adakah A***O (siaran TV berbayar) berniat jahat terhadap filem makcik Sally?


Sama-sama kita fikirkan........


note::drama-drama sekarang kat TV pon dah banyak merepek.membosankan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...